Kisah Lebam Di Kepala & Sistem Pendidikan UK

Suatu kisah yang sentiasa terpahat di  hati saya ketika ingin mengambil Faris dari Raddlebarn Nursery, Teacher nya; Ms Davis telah memberikan sekeping surat kepada saya sambil tersenyum dan memberitahu…

Ingatkan surat apa, rupa-rupanya Faris terhantuk kepala di sinki toilet. Lebamnya kecil sahaja dan tidak perasan pun jika tidak diberitahu.

Ini menunjukkan sikap mereka yang bertanggunjawab menjaga pelajar-pelajar mereka walaupun ia kelihatan remeh, tetapi sampai ada ‘head bump letter’. Comel je 🙂

headbump letter sekolah UK

raddlebarn

Di nursery atau taska di UK, mereka mengutamakan kemahiran dan ‘experiental learning’. Contohnya ada satu bahagian tempat bermain air, ada satu bahagian tempat bermain pasir, ada satu bahagian tempat bermain puzzle dan banyak lagi bahagian-bahagian untuk mendidik anak-anak dengan pelbagai jenis kemahiran. Mereka diajar untuk ‘explore’ dunia mereka sendiri 🙂

Kemahiran membaca belum ditekankan di waktu ini. Apabila mereka sudah mula belajar membaca di Reception nanti (Tadika), ibu bapa perlu menghadiri bengkel membaca supaya dapat mengetahui dan membantu anak-anak mereka membaca juga. Ia juga sedikit berbeza dengan teknik mengeja seperti di Malaysia. Mereka menggunakan Phonic Reading.

Ini pula surat dari cikgu Fateh di Remeadow Nursery, pun sebab terhantuk juga 😉

head bump fateh

Memang lasak mereka ni. Anak siapa lah ni 😉

remeadow

Di nursery Fateh, tempat sangat luas, satu batch/kumpulan itu tidak lebih daripada 15 orang. Pengasuh mereka terlatih dan minimum ada 3 orang untuk satu kumpulan tidak termasuk bahagian pengurusan dan lain-lain. Untuk taska iaitu 2 tahun ke atas, kerajaan UK memberikan yuran percuma dengan syarat-syarat tertentu. Alat-alat bantuan pendidikan mereka sangat advanced dan berkualiti.

Kami pernah menghantar Faris di suatu tempat pengasuh semasa di Malaysia dulu. Ada suatu ketika, bila balik isteri saya perasan ada benjol besar di kepalanya. Esoknya, bila kami tanya pengasuh dan stafnya mereka memberitahu bahawa mereka tidak tahu apa-apa tentang benjol tersebut. Bagi saya, kalau benjol besar macam tu, pasti budak akan menangis dan kita akan perasan. Selepas itu kami mencari pengasuh lain.

Alhamdulillah, hasil rekomendasi kawan-kawan, akhirnya dapat pengasuh yang bagus dan tidak berkira. Siap kadang-kadang dapat hadiah baju percuma dan pelbagai hadiah pula.

Cuma kadang-kadang apabila mendengar kes-kes sebelum ini di Malaysia, ada bayi mati tetapi tidak disedari oleh pengasuhnya, berasa sangat terkilan dan sedih. Bayangkan kita sendiri merupakan ibu/bapa kepada anak tersebut. Ajal maut di tangan Tuhan, cuma bertanggungjawablah dengan amanah yang diberikan.

Banyak perkara yang saya pelajari daripada Sistem Pendidikan UK. Tidak hairanlah mereka mempunyai sistem dan antara universiti terhebat di dunia. Semoga dapat dimanfaatkan kelak di Ayden Innovation Islamic School. InsyaAllah 🙂

Wallahua’alamayden innovator

Total
0
Shares
Related Posts