[Kisah Inspirasi] Dari Tutor Kepada Tutorpreneur Berjaya!

Kisah inspirasi ini mengisahkan tentang Cik Nurul Ain Azmi yang merupakan Co-Founder kepada Akademi Raudhah Genius (ARG) yang menyediakan perkhidmatan mengaji dan tuisyen di rumah di Kuala Terengganu. Beliau telah coaching bersama CMN semenjak akhir 2014.

Dahulu beliau mengajar sendiri. Yuran pun sangat murah iaitu RM6 perjam. Kadang-kadang nak beli nasi bajet RM2.50 berkira-kira sebab risau tak cukup duit.

Sekarang ARG sudah mempunyai staf dan lebih 30 orang tutor aktif!!

akademi raudhah genius CMN groupof education ain azmi home tuition mengaji di rumah kuala terengganu

Perjalanan yang ditempuh bukanlah mudah, namun dengan kecekalan dan ilmu, segalanya ditempuhi dengan tabah.

Beliau yang sekarang bukan lagi yang dahulu, alhamdulillah 🙂

Baca kisah beliau di sini.

===============

[ KISAH HIDUPKU ]

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang..🎼🎵🎶🎵
Terngiang-ngiang lagu ni dengar petang tadi..sebelum ni dengar biasa-biasa ja..
Aishh kenapa hari ni lain macam rasa..sebak pun ade😄
Teringat kisah perjalanan hidupku..
Nak tahu? 
.
.
.
Moga perkongsian ini membawa manfaat pada semua dan jua diri ini ..

Teringat dahulu, masa tu nak cari klien untuk kelas mengaji..terpaksa gantung banner, bunting ..
pukul 1-2 pagi duk gantung banner tepi jalan tu biasa..masa tu bersama team muslimat ja..Ada suatu ketika tengah gantung banner, terjun dalam sarang semut merah..balik rumah bengkak kaki..😢..Ku gagahkan diri teruskan jua kerana yakin pasti Allah sediakan yang terbaik nanti..

Pada musim cuti sekolah, bersama teman seperjuangan nak buat Program Cuti Sekolah. Tak fikir banyak masa tu, yang penting boleh bagi something pada kanak-kanak..Nak gantung banner besar, masuk hutan cari kayu..siap gergaji sendiri..nak letak tepi banner supaya tak jatuh kalau angin kuat atau hujan ke..Alhamdulillah, Misi berjaya! Banner tersebut tergantung 2, 3 hari..hari berikutnya, sampai depan office, nampak banner tadi dah koyak-rabak..basah sebab malam tu hujan ribut..Allahu..Allah ja tau perasaan ketika tu..luluh jantung😢😢

Bila time waktu lunch..mesti cek dulu beg duit, cukup rm2.50 alhamdulillah boleh beli nasi bajet rm2.50 tepi office..Nak makan best2 tak dapat ..Pujuk hati sendiri..Sabar Ain..akan tiba suatu hari nanti..

Dulu, glamour dengan Kanch Merah😂..kalau nampak TU tersadai tepi jalan tu biasa..Hehe, bajet nak isi minyak takde..Tapi syukur..akan ada Allah hadirkan orang untuk bantu..

Seingatku lagi pada musim cuti sekolah, nak sebarkan service home tuition..edar flyers bersama teman seperjuangan dalam semua Mall di Ganu..approach parents dalam Giant, Mydin kot2 ada yang berminat..Langsung takde rasa malu masa tu..Ingat nak buat sampai Misi ni berjaya! Alhamdulillah lekat juga sorang..😂..Entah dari mana kekuatan tu datang..yang pasti semua dari Dia..Subhanallah😢

Sekarang nak belajar, semua ada. Tinggal nak ke tak nak, buat atau tidak. Nak belajar Fb Ads? Kewangan? Pengurusan? Marketing? Rohani? Allahu..semua ada sekarang..sangat banyak..rebutlah peluang yang ada..

Macam mana saya buat dulu nak dapatkan sorang klien terpaksa berlinangan air mata dulu, redah sana sini..
Sekarang sampai tahap terpaksa susun jadual follow up klien, tak menang tangan..Allahuakhbar..besar nikmatNya..

Apa yang saya buat..

+ Letak Allah kat depan, insyaAllah yang lain akan jadi mudah dengan izinNya
+ Mentor..Mentor..carilah mentor supaya tak langgar banyak dinding macam saya dulu..😂
+ Fokus! Mentor saya pesan fokus satu bidang biar jadi PAKAR 
+ Konsisten! Yang ni payah kan nak buat? Kena buat! Orang lain tak dapat tolong kecuali diri kita dan dengan
izinNya..
+ Niatkan buat sesuatu kerana Dia dan nak bagi manfaat pada ramai orang..

Ada lagi..cukuplah tu dulu..Itu pun dah sesak dade nak buat kan? Hehe..InsyaAllah,saya pun masih lagi belajar dan terus belajar! Dont stop! 

Doakan saya dan team di permudahkan jalan untuk terus bagi manfaat pada ramai orang..Aminn

Saya doakan ANDA KAYA & BERJAYA! 

Boleh share jika bermanfaat😊😊😊

‪#‎AkademiRaudhahGenius‬
‪#‎RaudhahHomeTuition‬
‪#‎RaudhahHomeQuran‬

===================

Dengan ilmu dan sistem yang betul, inshaAllah kita juga mampu berjaya.

Didoakan semoga ARG dan kita semua dapat terus memberi manfaat kepada insan lain. Ameen.

Yakin Sebelum Berjaya 🙂

p/s: Ingin membina Legasi sebagai Tutorpreneur? Serta kami sebagai Tutorpreneur Profesional

Total
0
Shares
Related Posts