Berjumpa dengan Tutor & Tutorpreneur, kebanyakan isu mereka adalah lebih kurang sama. Mereka meluahkan tentang cabaran-cabaran untuk menjadi usahawan terutama sekali oleh orang di sekeliling.
Alhamdulillah, saya ceritakan pada mereka dengan terperinci bahawa saya dulu pun pernah mengalaminya dan hampir goyang jugalah. Masih ada masyarakat kita yang berpandangan bahawa bisnes ini bukan kerjaya dan tiada masa depan.
Namun, bila kita ada matlamat dan halatuju yang jelas…ramai orang yang perlu dibantu…maka saya terpaksa bersabar dan teruskan passion saya. Terkadang terpaksa pekakkan sahaja telinga. Fizikal nampak ok, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama, saya tetap berbuat baikkepada mereka.
Alhamdulillah, mentor-mentor saya juga banyak membantu..
Mentor saya pernah mengatakan bahawa jangan kerja atau berbisnes semata-mata untuk mendapatkan gaji atau membayar bil-bil @ hutang kerana kelak kita akan terperangkap dengan kitaran ‘rat-race’.
Saya terkesima dan tidak faham apa yang dikatakan oleh beliau ketika itu.
Kalau bukan bekerja untuk mendapatkan duit, jadi kerja sebenarnya untuk apa???
Semakin lama saya dalam bisnes, barulah saya faham bahawa niat dan matlamat kerja itu sendiri perlu diluruskan..
Niat kerana Allah, kerja untuk mendapatkan ilmu & kemahiran, untuk memberi manfaat kepada insan lain.
Then, barulah kita akan minat dengan kerja kita dan melakukannya secara ‘Beyond Expectation’. Secara tidak langsung, rezeki akan datang dengan tidak disangka-sangka..
Then, orang cakap.. “Dia bolehlah… dia itu…dia ini…”
Saya juga pernah mengalami saat-saat sukar..suatu ketika duit pun tak cukup nak beli pampers dan susu anak.. Motor pun pernah kena tarik.. dan macam-macam lagi kesukaran yang pernah dialami bersama partner saya dalam bisnes.
Saya dah biasa susah, tapi saya tak boleh lihat orang lain susah hati…. dan saya faham semua ini untuk sementara sahaja.. dan kejayaan itu pasti akan datang..
Alhamdulillah, semakin lama, suara yang selama ini tidak menyokong itu semakin kurang kedengaran dan ada yang sudah bertukar menyokong pula.
Alhamdulillah, berkat kerjasama dan ketabahan bersama Team CMN Education dan mentor-mentor yang membantu, kami kembali bangkit dengan izin Allah dengan cawangan Tuisyen di seluruh Malaysia serta program-program yang dijalankan melalui CMN Global Consultant.
Itulah lumrah kehidupan..nak dapat sagu tu, kena pecahkan ruyung dulu..dengan ada cabaran, kejayaan itu akan lebih terasa manisnya dan semakin dekat kita dengan Allah.
Ya, saya akui bisnes tiada masa depan jika tiada ILMU & KETABAHAN.
Kalau ada, anda ‘terpaksa’ bersedia untuk BERJAYA dengan izin Allah.
Alhamdulillah, kini kami ingin berkongsi kejayaan itu dengan orang lain kerana semua itu milik Allah dan harus dikongsi..
Ingin membina LEGASI dalam bidang pendidikan & tuisyen?? Info lanjut boleh KLIK DI SINI