Sebenarnya niat untuk ke Palestin sudah ditanam lama lagi.
Pada tahun 2013, semasa saya menjadi aktivis Aqsa Syarif, saya telah mendaftarkan diri untuk menghantar bantu dalam Misi Aqsa2Gaza yang menghantar bantuan ke Gaza, Palestin pada waktu itu.
Keberkatan dan keutamaan Al-Aqsa memang terdapat banyak dalam hadis dan al-Quran.
Antaranya, hadis dari Abu Dzar, iaitu :
”Solat di Masjidil Haram lebih utama seratus ribu kali ganda daripada solat di masjid-masjid lainnya. Solat di Masjid Nabawi lebih utama seribu kali lipat. Dan solat di Masjidil Aqsa lebih utama lima ratus kali ganda.”
(HR Ahmad dari Abu Darda).
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Isra:1)
Selepas menghantar borang dan beberapa urusan, ditakdirkan Allah, regim As-Sisi telah menjatuhkan Presiden Mesir iaitu Dr Morsi yang merupakan Pro-Palestin ketika itu.
Maka As-Sisi dengan hubungan Pro-Israel telah menutup sempadan masuk ke Gaza-Mesir selepas beliau menaiki Presiden Mesir tanpa melalui proses demokrasi yang sah.
Maka impian tersebut terpaksa disimpan sehinggalah IKRAM UKE telah menganjurkan Misi iLubnan ke-6, program tahunan untuk menghantar bantuan terutamanya dari rakyat Malaysia di UKE untuk saudara kita di kem pelarian Palestin di Lubnan.
Misi kali ini disertai oleh pelbagai background seperti doktor perubatan, pelajar dan usahawan yang merupakan penggerak IKRAM United Kingdom & Ireland (UKE). Oleh kerana polisi adalah 100% sumbangan diserahkan kepada penerima, maka segala perbelanjaan misi ditanggung oleh peserta dan turut mendapat infaq daripada ahli-ahli IKRAM UKE.
Bukanlah kerana kami adalah yang terbaik, paling mampu atau paling banyak masa terluang, namun oleh kerana terpanggil untuk menyumbang sesuatu dan memberi untuk ummah, maka alhamdulillah Allah jugalah yang mempermudahkan urusan.
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR. Thabrani dan Daruquthni)
Alhamdulillah, saya sudah berpeluang travel ke beberapa negara di Eropah seperti Paris, Italy, Sweeden, Netherlands, Spain dan beberapa negara lain lagi. Namun, travel kali ini sangat berlainan dan istimewa..
Hari Pertama
Hari Pertama Misi iLubanan 6, melawat lima NGO yang aktif di Beirut dalam membantu Pelarian Palestin, Syria, anak yatim, asnaf di Lubnan dan dalam Palestin sendiri.
Kami dibawa oleh Bro Tareq dari Az-Zaytouna yang setia menjadi peneman serta menjawab soalan-soalan kami di sepanjang perjalanan.
Ada juga NGO seperti Takaful, Al-Ghawth, Ghirass, Al-Quds Foundation, Witness yang meneruskan langkah membantu Palestin berdasarkan fokus masing-masing
Antara projek terbaru NGO Takaful adalah menubuhkan Bee Skill Centre dengan Modul pembelajaran moden seperti Sains, Teknologi dan Robotik untuk mebangunkan anak-anak kreatif, inovatif dan ‘Muslim Inventor’ dengan bantuan dari beberapa negara Islam. Namun, ia masih memerlukan sumbangan supaya lebih ramai mendapat anak-anak ini mendapat kemudahan dan manfaat darinya.
NGO-NGO ini memang telah dikenalpasti aktif dan mempunyai track record yang baik dalam menyampaikan sumbangan.
Alhamdulillah, lebih 10,000 pound sumbangan dari rakyat Malaysia dan UKE telah disampaikan kepada NGO-NGO ini.
Takaful
Ghirass
Al-Quds Foundation
Terima kasih atas sumbangan dan sokongan anda. Semoga Allah memberkati.
Hari Kedua
Hari kedua merupakan Training untuk kami mengenai Palestin bersama dengan Az-Zaytouna, NGO yang aktif dan specialist dalam isu berkaitan Palestin..
Mereka telah menerbitkan pelbagai kajian yang sangat reliable dan menjadi rujukan dari seluruh dunia. Pengasasnya adalah Dr Mohsen, yang berasal dari Palestin dan pernah menjadi Pensyarah di UIA sebelum mengasakan Az-Zaytouna pada 2004 sebagai membuktikan kecintaannya pada bumi al-Quds.
Tajuk-tajuk yang sempat dikongsikan oleh beliau dan seorang lagi speaker ialah:
- The Land of Palestine
- The People of Palestine
- The Zionist State
- The Palestinian Resistence
Walaupun sudah terlibat sebagai Volunteer dalam isu kemanusiaan sebelum 2012, saya mengakui bahawa bila menyertai training ini rasa kerdil sangat sebab banyak yang masih belum diketahui terutamanya tentang Sejarah Palestin dan peristiwa-peristiwa penting seperti;
– Two state solution
– Bolehkah menziarahi Masjid Al-Aqsa pada waktu sekarang?
– Kerajaan perpaduan Fatah-Hamas.
– Beza Yahudi dan Zionist
– Perkembangan pelarian Palestin
dan banyak lagi sekarah serta fakta terkini.
Pada 1917, kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestin adalah milik orang-orang Yahudi. Sedangkan pada waktu tu, orang Yahudi hanya merupakan 8% daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% tanah bumi Palestin.
Isu pokoknya adalah penjajahan Palestin dipelopori oleh Zionism, merupakan ideologi sebahagian Yahudi extreme yang bersumberkan Kitab Talmud.
Pengasasnya, Theodor Herzl (Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Theodor_Herzl) telah mengemukan cadangan untuk Yahudi dari seluruh dunia untuk menduduki Palestin serta pernah menawarkan wang kepada Sultan Abdul Hamid, Khalifah Turki Utmaniyyah terakhir untuk memberikan Palestin kepada Yahudi, namun ditolak oleh baginda dengan mengatakan ia adalah tanah wakaf umat Islam.
Namun, tidak semua Yahudi menyokong negara haram Israel ini. Yahudi Ortodoks yang berpegang kepada ajaran asal dari Injil menolak penguasaan Zionist kepada Palestin kerana dikatakan bertentangan dengan ajaran Yahudi seperti Pertubuhan Yahudi Naturei Karta. Mereka terdapat di beberapa negara termasuk di UK. (http://maszleemalik.blogspot.co.uk/2007/10/zionis-musuh-sebenar-kaum-yahudi.html)
Apa yang kami dapat ini perlu disampaikan kepada lebih ramai lagi supaya seluruh dunia akan mengetahui sejarah sebenar serta berusaha mengembalikan hak Palestin kepada yang berhak.
Hari Ketiga
Pada hari ketiga kami dibawa ke kem pelarian Palestin. Beginilah rupa sebahagian dari Kem pelarian Palestine, Shatilla di Lubnan yang menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai Israel pada tahun 1982 di Kem Shabra dan Shatilla.
Israel telah masuk ke kem ini pada waktu malam yang gelap gelita, mereka menggunakan senjata tajam dan menyusup masuk ke rumah-rumah dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui demi untuk menghapuskan Palestinian kerana merupakan dikatakan merupakan ancaman kepada mereka.
Kenapa mereka tidak menggunakan senjata api?
Kerana mereka tidak mahu mengejutkan dan menyedarkan orang lain semasa peristiwa itu berlaku,
Dianggarkan lebih 3500 yang syahid semasa tragedi itu.
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.
Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al Imran ayat 169-170)
Kini, hidup diteruskan seperti biasa walaupun tidak banyak kemudahan asas yang mereka perolehi sebagai pelarian.
Tempat pula semakin sempit kerana dianggarkan rakyat Palestin telah bertambah sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1948. Mereka terpaksa membangunkan tingkat dari rumah sedia ada tanpa ciri-ciri keselamatan.
Lihatlah wayar-wayar dan paip air berselirat antara satu sama lain. Banyak kematian telah berlaku hasil renjatan elektrik.
Namun mereka masih yakin suatu hari nanti mereka akan kembali pulang ke tanah air tercinta iaitu bumi al-Quds.
Kami juga sempat melihat tadika yang masih dalam pembinaan di Kem Buruj Barajneh yang merupakan antara sumbangan penderma melalui Misi iLubnan sebelum ini.
Kami juga sempat di bawa ke Kompleks Ghirass, tempat di mana anak-anak pelarian Palestin dan Lubnan mendapatkan pendidikan awal dan kami juga dapat menyerahkan sumbangan untuk anak-anak ini seperti coklat, gula-gula dan alat tulis bagi memberikan sedikit keceriaan kepada mereka.
Apa yang menarik adalah mereka diajar tentang budaya dan nasyid-nasyid tentang Palestin, Rasul-rasul serta pendidikan Islam. Melihat keceriaan anak-anak dengan alunan ayat Quran dan nasyid pasti kita tidak menyedari bahawa disebaliknya terkandung 1001 kisah-kisah sedih, pilu, gembira tentang Palestin.
Selain itu kompleks ini juga menyediakan latihan kemahiran untuk ibu-ibu Palestin, perpustakaan, klinik (dalam proses mendapatkan lesen), dewan dan pelbagai kemudahan untuk pelarian Palestin.
Ini adalah kerana mereka sukar untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan ini kerana mereka dianggap sebagai ‘pelarian’.
Hari Keempat
Hari keempat kami dibawa ke sempadan Palestin, ini merupakan pengalaman yang pasti tidak kami lupakan.
Sebelum sampai ke sempadan, kami sempat singgah di Kubu yang terletak di antara Lubnan-Palestin yang dibina pada zaman Roman, sebelum dikuasai Tentera Salib sebelum Salahuddin Al-Ayubi membebaskan Palestin dengan penguasaan kubu ini.
Kubu ini juga menjadi saksi pertempuran antara tentera Islam dan Israel dan pernah dibom dan mengakibatkan ramai syahid dan dikatakan dari pelbagai etnik dan negara.
Kubu ini nampak biasa dari luar, tapi dalamnya sangat hebat ciri-ciri arkiteknya. Selain boleh monitor dari atas apa yang berlaku di Lubnan dan Palestin, dalamnya dibina dengan mengambil kira faktor geografi seperti lokasi matahari dan air. Walaupun suhu sangat panas di luar, tetapi suhu sangat dingin di dalamnya walaupun tanpa kipas dan lain-lain.
Banyak yang kita boleh pelajari dari sejarah sebenarnya jika merenung kisah Salahuddin al-Ayubi yang bukan berbangsa Palestin, namun menyatukan umat Islam pebagai latarbelakang dalam satu panji demi untuk membebaskan bumi al-Quds yang suci.
Di dalam hadits riwayat At-Tirmidzi dari Zaid bin Tsabit Al-Anshari disebutkan, yang artinya,
“Saya mendengar Rasulullah bersabda: ‘Betapa diberkahinya Syam! Betapa diberkahinya Syam!’ Lalu orang-orang bertanya, ‘Bagaimana ia diberkahi wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab, ‘Para malaikat membentangkan sayapnya di atas Syam, dan para nabi telah membangun Baitul Maqdis (Al Quds).” Ibnu Abbas menambahkan bahwa Rasulullah bersabda, “Dan para nabi tinggal di Syam, dan tidak ada sejengkal pun kota Baitul Maqdis kecuali seorang nabi atau malaikat pernah berdoa atau berdiri di sana.”
(HR. At-Tirmidzi).
Bro Tareq dan Bro Hisyam menjadi peneman dan tidak jemu berkongsi pengalaman dan menjawab lontaran soalan kami di sepanjang perjalanan.
Bro Hisyam berasal dari Acre, Palestin, dilahirkan di Kem Rashidiah, di Lubnan (Tidak jauh dari sempadan Palestin) selepas peristiwa An-Nakbah 1948, peristiwa tragis dimana warga Palestin dihalau beramai-ramai dari tanah air mereka oleh Israel.
Maka umat Palestin menjadi pelarian di Lubnan, Jordan, Syria, Mesir, Eropah dan pelbagai negara lagi.
Apa yang menyentuh hati adalah setiap kali bercakap dengan beliau, pasti terselit tentang betapa rindunya beliau pada tanah airnya dan hati yang meronta-ronta ingin pulang ke sana walaupun Kem beliau sangat dengan Palestin yang kini di bawah kawalan Israel.
Semasa kami ingin memasuki ke kawasan ‘Buffer Zone’ yang merupakan kawasan sempadan antara Lubnan-Palestin yang kini di bawah kawalan United Nation (UN), Bro Hisyam perlu turun untuk declare sebagai wakil NGO, kerana sememangnya Palestin tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Sedangkan kami hanya perlu menujukkan passport sahaja. Betapa Ada perbezaan layanan kepada orang Palestin di situ.
Bro Hisyam juga menceritakan bahawa beliau masih menyimpan surat milikan tanah dan kunci rumah di Palestin dari datuk dan ibu bapa beliau kerana yakin suatu hari nanti mereka akan kembali pulang ke Palestin.
Kami berhenti di dua tempat, pertama bersama NGO Witness di sempadan Palestin-Lubnan. Kami dapat melihat dengan jelas tanah Palestin yang dirindui dengan dibatasi oleh dinding konkrit tebal.
Sambil mengibarkan bendera Palestin, Pengerusi NGO Witness, Bro Mahmud yang berasal dari Palestin menasyidkan syair tentang Palestin yang mengusik jiwa.
Ia berkaitan tentang Palestin, kami tidak akan melupakan dikau. Setiap tangisan, peluh, darah, usaha menjadi saksi tentang usaha ke arah pembebasan Palestin.
Antara pesanan beliau ialah; “Siapa yang bersama dengan perjuangan dan usaha ke arah pembebasan Palestin, pasti akan berjaya.”
Lama kami merenungkan ayat itu sehingga teringat dengan sebuah hadis..
Rasulullah SAW bersabda:
“Akan senantiasa ada sekelompok umatku yang berada di atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya, dan orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka kecuali sedikit musibah semata. Demikianlah keadaannya sampai akhirnya datang urusan Allah (akhir zaman).”
“Wahai Rasulullah, di manakah kelompok tersebut?” tanya para sahabat.
“Mereka berada di Baitul Maqdis dan pelataran Baitul Maqdis.”(Hadis Riwayat Abdullah Bin Ahmad)
Berlatarbelakangkan bumi suci Al-Quds yang dirindui dari sempadan Lubnan.
Kami juga sempat berhenti di tepi laut yang menjadi sempadan Palestin-Lubnan, yang dikawal oleh askar Lubnan. Dari situ juga boleh lihat Pusat kawalan Israel dan kami pasti memang segala gerak-geri kami boleh diperhatikan secara jelas oleh Israel dengan teknologi moden.
Laut tersebut sangat cantik. Kata Bro Hisyam, beliau pasti ombak itu juga datang dari Palestin sambil menujukkan ke arah laut membuatkan kami semua terdiam tanpa sebarang kata-kata.
Beliau juga sempat bergurau bahawa beliau akan bermalam di situ dan pada waktu malam beliau akan memanjat pagar untuk masuk ke Palestin 😉
Disebabkan kami sudah agak sedikit rapat, saya pun menyambung, apakah wasiat beliau yang terakhir..
Beliau berpesan agar membawa tangan-tangan Muslim di sekeliling kami agar untuk tidak melupakan Palestin dan sentiasa berdoa dan berusaha agar suatu hari nanti kita akan kembali menguasai Palestin seperti yang dijanjikan oleh Rasullullah s.a.w.
Kagum melihat usaha dan istiqamah mereka. Memang banyak sebenarnya tanggungjawab kita. Kadang-kadang bila fikir diri sendiri pun kita sudah rasa berat, bagaimana dengan ummah dan saudara-saudara kita yang ditekan dengan pelbagai ancaman dan cabaran.
Bagi saya orang Palestin adalah orang yang istimewa. Sukar untuk dijelaskan. Namun, siapa yang pernah berkenalan dengan mereka pasti menyedarinya. Ia juga disebut dalam al-Quran dan hadis.
Adakah kita juga yakin suatu hari nanti Palestin akan kembali ke tangan umat Islam?
Apakah sumbangan kita ke arah usaha pembebasan Palestin?
Apakah anak cucu dan generasi seterusnya akan menjadi saksi kepada usaha kita ke arah pembebasan al-Quds?
Terima kasih kepada yang bermurah hati memberi sumbangan, mendoakan serta menyokong usaha ini. Masa berlalu terasa pantas dalam misi ini. Tidak cukup rasanya selama 4 hari ini. Namun, masing-masing ada tanggungjawab dan komitmen yang perlu diselesaikan termasuk menyampaikan tentang isu ummah ini kepada orang di sekeliling serta masyarakat.
Usaha ini tidak akan pernah berhenti kerana adanya orang seperti anda semua yang sentiasa berada di setiap barisan termasuk yang menyediakan pemuda-pemudi yang bakal menjadi generasi penerus perjuangan ini.
Teruskan usaha anda dengan doa, sokongan dan sumbangan kepada Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain dan MyCare (Malaysia) atau mana-mana pertubuhan kebajikan yang sentiasa istiqamah membantu ummah dan masyarakat di seluruh dunia.
Untuk info dan sumbangan MyCare
Palestine will always in our hearts.
Make Palestine Free Again.