Hasil Jualan RM50k Sebulan? Alhamdulillah…

business success magnet imkk

Salah satu Teknik (Neuro Linguistic Programming (NLP)  digunakan untuk membantu membuang kepercayaan dan minda negatif dan mengisi minda separa sedar dengan kepercayaan positif.

Minda separa sedar yang positif akan membantu kita mencapai matlamat dan impian kita dengan lebih mudah.

Cuba anda lihat kanak-kanak apabila bercakap di hadapan orang ramai. Walaupun tanpa isi yang hebat, akan tetapi persembahannya sungguh menggagumkan!

Asasnya mereka yakin pada diri sendiri. Elemen ketakutan tiada dalam minda mereka. Atau elemen ‘excited’ lebih besar berada dalam minda mereka.

Semakin lama, bila kita semakin dewasa, minda separa sedar (minda segar) kita diisi dengan perkara-perkara negatif. Sebab itu apabila kita ingin melakukan perkara-perkara yang baik, tersekat-sekat dan berasa tidak yakin.

Dengan bahasa mudah, kita menukar bahasa minda kita dengan apa yang kita inginkan.

Sikap yakin diri ini datangnya dari rasa percaya yang dipupuk dalam minda separa sedarnya setiap masa.

Berapa banyak kali kita ‘down’ bukan isu, berapa cepat minda kita bangkit semula itu lebih penting. Proses ini boleh dibantu dengan salah satu daripada Teknik NLP.

‘If you believe you can do it, you will. If you believe you fail, you will.’

zuhairi nopiah imkk

Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita fikirkan.

Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan gelombang yang positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke sekeliling. Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif mendatangkan banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam hidup kita.

RC boleh diaktifkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah selalu membaca kisah-kisah kejayaan orang lain dan mengikuti MODEL KEJAYAAN mereka.

Bersangka baik dengan Allah…

Yakinlah, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah memberi apa yang kita perlu.

Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita yang sebenar. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

Think Positive! Get Positive! InsyaAllah.

Ramai orang tahu kepentingan berfikir positif. Tetapi tidak ramai tahu bagaimana teknik menggunakan minda separa sedar (minda segar) untuk mencapainya.

Ini merupakan SALAH SATU teknik yang diajar dalam Seminar ‘Business Success Magnet’ (BSM).

Perkongsian daripada salah seorang Peserta BSM iaitu Puan Norhasibah yang memperolehi jualan RM50k dalam bulan Ogos 2015 selepas mengikuti dan mempraktikkan ilmu dalam BSM. Beliau merupakan usahawan dalam bidang Industrial & Interior Design.

Apa yang menariknya jualan yang beliau hasilkan tanpa modal wang kecuali modal ilmu & pengalaman.

Alhamdulillah syukur pada Allah selalu…

business success magnet imkk

Tahniah kepada Tuan Zuhairi Nopiah atas perkongsian beliau yang terbaik dalam BSM dan team CMN Global Consultant & Infitah Events & Attractive Learning & Consultany serta Alumni BSM yang memberi sokongan penuh kepada penganjuran program ini.

Apapun, semuanya dengan izin dari Allah juga 🙂

p/s: Kami bersedia untuk menganjurkan program ini kerana kami sendiri telah merasakan impak dari perkongsian beliau. Jadi kami ingin berkongsi dengan lebih ramai lagi insan di luar sana. Berminat untuk menyertai? Boleh komen di bawah.
business success magnet cmn zuhairi nopiah atractive learning

Total
0
Shares
Related Posts