Hebat perjalanan Jack Ma dan Ali Baba
Tahun 1995 mereka membangunkan China Press dengan objektif untuk mempromosikan China kepada dunia luar yang mengamalkan dasar tertutup sebelum itu.
Namun usaha tersebut menemui jalan buntu apabila kerjaaan China tidak memberi sokongan kepada mereka.
Kemudian pada tahun 1999, beliau dan 17 co-founders memulakan website ecommerce Ali Baba.
Mereka tidak membuat sebarang keuntungan sehingga pada tahun 2001 barulah mereka mendapat keuntungan 500, 000 yuan pertama.
Antara cabaran yang dihadapi oleh Ali Baba ialah serangan SARS yang pada kettika itu menyebabkan keseluruhan pejabat mereka terpaksa ditutup sementara.
Kemudian, kedatangan EBay ke China yang ketika itu merupakan gergasi ecommerce dunia. Mereka menghadapinya dengan menubuhkan Taobao.com yang sesuai dengan orang China ketika itu dan memberikan penggunaan percuma selama 3 tahun.
Selepas itu, mereka berjaya menguasai market ecommerce berbanding Ebay.
Mereka juga pernah memindahkan syarikat mereka ke Silicon Valley, U.S dan ia merupakan keputusan yang mencabar buat mereka kerana mereka terpaksa menghadapi isu di antara pekerja China & U.S.
Itulah antara cabaran yang ditempuhi mereka sebelum menjadi antara e-commerce terbesar di dunia.