Agak terkejut juga apabila mendapat jemputan ceramah kepada usahawan oleh sebuah agensi pembangunan usahawan yang agak terkenal di Malaysia.
Bila tanya apa tajuk ceramah tu?
Pegawai tu jawab, ‘Persediaan Meneroka Pasaran Antarabangsa.’
Krik…krik…
Huhu..Berpeluh jap..
Saya sebenarnya bukanlah pakar dalam bidang ini.
Bidang saya lebih kepada pendidikan dan home tuition. Walaupun kami ada membuka cawangan di luar negara dan bekerjasama dengan company di UK, tetapi ia masih baru lagi.
Saya jenis orang yang suka share benda yang praktikal dan terbukti kita sudah melalui dengan jayanya. Semasa saya mengambil Master in Business Administration (MBA) dahulu, walaupun ilmunya bagus, tetapi realitinya MBA lebih kepada corporate business. Ia amat berbeza dengan realiti seorang usahawan SME (Small Medium Enterprise).
Jadi nasihat saya, jika ingin belajar ilmu bisnes, cari mentor yang sudah terbukti berjaya dan mereka bersedia untuk mengajar anda. InsyaAllah, pintu kejayaan lebih dekat 🙂
Then mereka juga offer nak beri RM100k – RM1 juta untuk bisnes sedia ada.
Baru nak excited sekejap 🙂
Rupa-rupanya pinjaman bisnes, ingatkan derma.. (gaya P.Ramlee dalam Pendekar Bujang Lapok) 😉
Kalau pinjaman kena fikir panjang tu…Sabar ye kawan-kawan. Fikir masak-masak dulu 🙂