Cashflow tercekik
============
Saya pernah berjumpa dengan pasangan suami isteri yang pernah menjalankan sebuah Pusat Tuisyen franchise di Selangor.
Mereka telah membuat pinjaman sebanyak RM50-70k untuk memulakan Pusat Tuisyen tersebut.
Mereka juga perlu membayar royalti setiap bulan daripada untung kasar kepada franchisor di mana ia suatu perkara yang agak pelik.
Sebab apabila dikira dari untung kasar banyak kos-kos lain yang sepatutnya dikira sekali.
Ini menjadikan cashflow mereka tercekik dan selama 2 tahun mereka sebenarnya dikira rugi kerana terpaksa mengeluarkan duit sendiri pula untuk cover kos.
Akhirnya, mereka terpaksa melepaskan Pusat Tuisyen tersebut kerana tidak dapat menampung dari sudut kewangan walaupun pelajar mereka dikira ramai juga dan mampu pergi lebih jauh.
Namun, mereka masih berminat dengan tuisyen, jadi kami merancang projek tuisyen secara lean start-up…
Semoga Allah memberkati.