Semakin hari Teknik Marketing fbads sentiasa berubah, makin competetive dan harga pun semakin meningkat.
Yelah..semuanya akan meningkat kan? Jarang pula yang makin turun harga 😉
Jadi, untuk kekal relevan dalam bisnes, kita perlu mempelajari pelbagai Teknik dan Strategi Marketing.
Antara Teknik Marketing yang kami fokus adalah:
– Native ads
– Content Marketing
– Mudah.my
dan beberapa lagi.
Teknik dan strategi marketing adalah dua perkara yang berbeza.
Ramai orang boleh belajar Teknik dari sifu-sifu Internet Marketer. Tapi bila sampai kepada Strategi setiap orang berbeza.
Contohnya Strategi percuma, diskaun, limited offer, combine techniques, bajet dan banyak lagi.
Oklah, hari ini saya nak share sikit pasal Google Adwords.
Apa yang bestnya tentang belajar Google Adwords atau Search Engine Marketing (SEM) ni?
– Nak tak nak kebanyakan orang bergantung pada Google search untuk membuat carian. Jika kita kuasai keyword orang yang search produk/servis kita, mereka akan jumpa website kita.. Bayangkan 1 hari 4.3 billion carian dilakukan di Google..Kita tak dapat lari dari Google seperti Google Maps
– Market di Google sangat besar. Teknik ‘Google Display Network’ menyebabkan iklan kita boleh dijumpai oleh prospek di mana-mana sahaja seperti di Youtube, blog dan website lain
– Selain landing page atau website, minisite, blog dan facebook fanpage, iklan kita juga boleh keluar di apps, social media, mobile sites
– 60-70% orang akan klik hasil carian di page pertama. Jika web kita tak keluar di page pertama, rugi…
– Seperti fbads, bajet pengiklanan Google Adwords juga boleh di kawal termasuk pemilihan target audience seperti mengikut lokasi
– Google adwords juga ada support team yang anda boleh contact atau call pada bila-bila masa sahaja
Contoh iklan yang boleh dibuat dengan Google Adwords:
– Teks
– Imej
– Video
– Tambahan: Sitelink
Dalam Google Adwords, bayaran akan dikenakan mengikut formula ini:
Ads Rank = Bid (max CPC) x Quality Score (website quality, ad relevance, expected CTR) x Ads Format Impact
Jika fbads mementingkan Interest, dalam Google Adwords pemilihan Keyword yang tepat sangat penting . Ini dapat menentukan kualiti iklan kita dan meminimakan kos.
Contoh; katakan kita target untuk Jual Tudung online..jika kita letak keyword ‘tudung’ sahaja, mungkin apabila orang search segala yang berkaitan dengan tudung seperti cara pakai tudung, cara lipat tudung, tudung saji 😉 mungkin akan menunjukkan iklan kita. Jadi, ini mengurangkan kualiti iklan kita.
Bersambung…
Jom kita belajar Google Adwords 🙂