Orang berjaya bukanlah kerana dia memiliki kelebihan orang yang belum berjaya berfikir.
Cara berfikir orang berjaya & belum berjaya berbeza.
Orang belum berjaya ada FEAR & DOUBT.
Contohnya apabila orang belum berjaya ingin menulis buku, dia akan mengatakan, “Saya tidak tahu bagaimana ingin jadi penulis buku dan kemudian mereka terhenti di situ.
Sebaliknya orang berjaya, akan mencari, membuat kajian bagaimana ingin menulis dan menghantar manuskrip kepada penerbit buku.
Mereka mungkin menghubungi 10 penerbit buku untuk mengetahui cara terbaik untuk memastikan manuskrip diterima.
Mereka mungkin ditolak 9 kali berbanding 10 penerbit yang mereka jumpa.
Tetapi mereka tidak berhenti.
Mereka juga ada FEAR & DOUBT, tetapi dengan ilmu yang betul & kesungguhan bangkit dari sekian banyak kegagalan menyebabkan mereka menjadi luar biasa berbanding orang lain.
Saya sedang melatih diri sendiri, team dan orang di sekeliling untuk menguruskan ‘FEAR’ ketakutan & kerisauan pada perkara-perkara yang tidak atau belum wujud pun sebenarnya.
Saya sedar bahawa ramai manusia mempunyai potensi masing-masing samada untuk diri sendiri atau untuk membantu orang lain. Ada kalanya potensi tersebut dihalang oleh ketakutan-ketakutan itu yang sebenarnya hanya ‘permainan minda & hati’ sahaja.
Menurut kajian & pemerhatian, kebanyakan manusia takut:
– Malu
– Ditertawakan
– Ejekan
– Kritikan
– Gagal
– Berjaya
– Dianggap ‘poyo’ atau ‘bajet’
dan lain-lain.
Sebenarnya ketakutan & kerisauan itu sebenarnya hanya di MINDA dan ia bukan REALITI sebenar!
Seandainya kita dapat menguruskan dan mengatasi ketakutan, nescaya kita boleh pergi lebih jauh dan melebarkan potensi sebenar diri kita dengan niat yang betul.
Tanpa keberanian, mimpi tidak akan jadi kenyataan 🙂 Takut sebenar hanya pada Allah dan takut itu membuatkan kita semakin dekat dan mengharap padaNya.
“Sesungguhnya di sebalik kesusahan ada kemudahan.” (Insyirah: 5-6)
‘Have Faith in Allah, Have Faith in Yourself’
Ikuti video ini….