Alhamdulillah, hasil coaching ‘Business Model Canvas’ (BMC) bersama pasangan Usahawan Home Tuition yang sedang meningkat naik iaitu Cikgu Atik & Cikgu Solehah yang mengusahakan tuisyen dengan branding mereka ‘Syoknya Home Tuition’
Dah tambah beberapa cawangan katanya dan sedang nak memperkembangkan bisnes lagi. 🙂
Alhamdulillah, congratulation & well done for both of you 😉
Dalam sesi ini kami menggunakan kertas mahjong sebagai canvas serta sticky notes untuk idea yang diperolehi sepanjang coaching berlangsung. Alhamdulillah banyak idea-idea baru telah terbit serta idea-idea baru boleh ditambah dari semasa ke semasa pada canvas tersebut yang akan dilekatkan di dinding yang mudah dilihat.
Ia juga bakal menjadi satu motivasi dan vision board bagi mereka.
“Yakin Sebelum Berjaya”