Kajian tentang faktor kejayaan ini dilakukan oleh Dr Angela Lee dan dikongsi oleh beliau dalam Ted Talks.
Ia memang suatu penemuan yang menarik 🙂
Beliau pernah mengajar di sebuah sekolah selepas bekerja di sebuah syarikat consulting.
Apa yang ditemuinya semasa mengajar subjek Matematik adalah IQ (intelligence quotient) semata-mata bukanlah faktor yang membezakan di antara pelajar terbaik dan pelajar corot dalam kelas beliau.
Ada pelajar yang bagus, bukanlah kerana mempunyai skor IQ yang tinggi atau genius, manakala ada yang pelajar pandai serta genius tidak dapat memberikan yang terbaik dalam pembelajaran.
Beliau sangat percaya bahawa semua pelajarnya boleh menguasai subjek tersebut jika mereka berusaha keras dalam jangka masa panjang.
Sehingga beliau mencapai suatu kesimpulan bahawa apa yang diperlukan dalam sistem pendidikan adalah dari sesuatu kajian baru dari perspektif motivasi dan psikologi.
Dalam sistem pendidikan, kita biasanya mengukur pelajar melalui IQ. Namun, sebenarnya dalam kehidupan realiti, kita bukan sekadar memerlukan kemahiran untuk mencapai sesuatu dalam masa yang singkat dan mudah, tetapi…
Kemudian Dr Angela mengambil keputusan untuk menjadi ahli psikologi dan membuat kajian berkaitan kanak-kanak dan juga orang dewasa dalam situasi yang pelbagai dan ‘super-challenging’.
Dan antara jawapan yang dicari adalah ‘siapa yang berjaya dalam bidang itu dan mengapa?’
Beliau dan pasukannya membuat kajian di pelbagai tempat dan bidang termasuk Akademi Ketenteraan, Pertandingan Spelling-Bee peringkat kebangsaan, Pendidik yang mengajar di area yang mencabar dan syarikat perniagaan untuk melihat siapa yang kekal & berjaya melalui cabaran-cabaran dalam pelbagai bidang tersebut dan mencapai matlamat yang diingini oleh organisasi berkaitan.
Hasil yang ditemui dalam semua bidang tersebut adalah, ada 1 faktor yang menyumbang ke arah kejayaan seseorang itu dan yang menariknya ia bukanlah berkaitan social intelligence, paras rupa, kesihatan fizikal, IQ tetapi ia adalah GRIT!
Apakah itu GRIT?
Grit ialah ‘passion & perseverence for very long term goals’
Passion = Minat yang sangat tinggi dan ‘keghairahan’ dalam sesuatu perkara.
Perseverence = Usaha dan komitmen untuk bertahan bagi mencapai sesuatu matamat dalam jangka masa panjang.
Grit adalah berkaitan stamina panjang untuk mencapai suatu matlamat bukan sekadar harian, mingguan atau bulanan tetapi selama bertahun-tahun tanpa jemu!
Grit diibaratkan sebagai marathon jarak jauh dan bukan ‘sprint’ untuk menjadikan impian suatu realiti.
Boleh lihat video berkaitan Grit di..
Dr Angela juga membuat kajian di sebuah sekolah dan memberikan ‘Grit questionaires’ kepada ribuan pelajar-pelajar dan setahun selepas itu melihat siapakah pelajar yang akan berjaya ‘graduate’ dari sekolah tersebut.
Hasilnya, pelajar yang mempunyai Grit berjaya graduate walaupun selepas dibandingkan dengan pelbagai faktor lain seperti pendapatan keluarga, test score, IQ dan lain-lain berbanding pelajar yang tidak mempunyai Grit lebih mudah untuk ‘drop out’ dari sekolah.
Apa yang memeranjatkan berkaitan Grit adalah betapa kita masih mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang bagaimana untuk membina Grit dalam kehidupan seseorang.
Bakat juga tidak semestinya akan membuatkan seseorang itu berjaya tanpa usaha dan passion yang berterusan.
Talent x Effort = Skill
Skill x Effort = Achievement
Usaha (effort) memainkan peranan paling penting walaupun kita mempunyai bakat (talent) dan juga kemahiran (skill).
Salah satu cara yang mungkin dapat membantu untuk membina Grit adalah dengan mempunyai ‘Growth Mindset’ iaitu kajian dari Standford University iaitu kemampunan untuk mempelajari sesuatu perkara itu tidak tetap dan ia boleh berkembang dengan komitmen dan usaha tanpa jemu.
Kajian berkaitan ‘Growth Mindset’ ini membuktikan kanak-kanak yang mempelajari bagaimana otak mereka bertindak balas apabila berhadapan dengan suatu cabaran, mereka akan lebih mudah ‘persevere’ (bertahan) apabila mereka gagal dalam sesuatu perkara itu.
Kajian tersebut membuktikan bahawa saraf dalam otak akan berhubung dengan lebih kuat apabila kita berhadapan dengan cabaran, rintangan, dan kesusahan dan kemudian kita berusaha untuk mengatasinya berbanding hanya ‘lari dari cabaran’ tersebut.
Dalam kajian yang dijalankan, pelajar-pelajar juga diberi reward bukan disebabkan hasil tetapi disebabkan usaha mereka dan diberi Anugerah ‘Not Yet’. Ini bermaksud kejayaan itu adalah suatu proses dan sentiasa berada dalam ‘learning curve’ dan bukan suatu perkara yang muktamad. Hasilnya ada pelajar yang asalnya dari kawasan pedalaman tetapi akhirnya berjaya menjadi pelajar no. 1 dalam suatu ujian Matematik di New York!
Ini kerana mereka mengetahui bahawa kegagalan adalah bukan sesuatu yang kekal dan ia hanya sementara untuk mencapai suatu kejayaan.
Ini selaras dengan realiti kehidupan sebenar.
Video tentang Growth Mindset
Dalam Islam, Allah juga memberikan pahala kepada usaha seseorang itu dan bukan semata-mata kerana hasil. Ini adalah kerana usaha adalah perkara yang kita boleh tentukan, tetapi hasil adalah apa yang Allah tentukan. Walaupun kita mengetahui secara sunnatullah bahawa siapa berusaha akan berjaya.
Sebagai seorang Muslim, Allah telah menggariskan 7 ciri kejayaan bagi seorang Muslim dalam Surah Al-Mukminun iaitu:
- Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
- Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;
- Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
- Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
- Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
- Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
- Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
- Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
- Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;
- Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi-
- Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Semoga kita berada di kalangan orang yang berjaya di dunia dan akhirat insyaAllah.
Have Faith in Allah
Believe in Your Potential.
‘Yakin Sebelum Berjaya’
Ingin menjadi Usahawan Kental? KLIK DI SINI
p/s: Dijemput like & share untuk manfaat dan kejayaan bersama 🙂