Apa Kemahiran Penting Yang Perlu Ada Pada ‘Business Owner’?

Ada orang pelik ‘non-education’ background boleh run tuisyen.

Saya pun pelik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari seorang Usahawan Melayu Terkaya di Malaysia yang tak habis SPM boleh run bisnes dalam pertanian, hospitaliti, perbankan, automotif, pelabuhan, pakaian, hartanah dan banyak lagi.

syed mokhtar albukhari melayu terkaya

 

Syed Mokhtar terpaksa meninggalkan bangku sekolah beberapa bulan sebelum menamatkan tingkatan 5 kerana tidak mampu membayar yuran peperiksaan.

Beliau beberapa kali ditipu dan gagal dalam beberapa bidang perniagaan yang diceburi.

Namun begitu, beliau telah mengasaskan Yayasan Al-Bukhary untuk memberi biasiswa dan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar terutamanya yang kurang berkemampuan dari seluruh dunia serta membina masjid-masjid dan Muzium Kesenian Islam.

masjid albukhari tan sri syed mokhtar albukhary

Kita adalah sejarah untuk generasi akan datang.

Kejayaan perlukan fokus.

Sesebuah empayar tidak dibina dalam masa setahun mahupun 10 tahun.

Siapa kita pada masa lepas tidak sepenting kita pada masa depan.

Selain itu, topi kemahiran dan topi usahawan adalah berbeza.

Bila kita besarkan context & content diri kita, kita akan rasakan dunia ini sangat luas untuk diterokai.

Apa itu usahawan atau spesifiknya Pemilik Perniagaan?

  1. Orang yang melihat atau mencipta peluang.
  2. Membina pasukan.
  3. Membangunkan perniagaan.

Ramai orang belum berjaya membangunkan perniagaan bukan kerana mereka tiada potensi sebagai usahawan, tetapi mereka tidak memiliki kemahiran berurusan dengan orang.

Kita bekerja dengan orang setiap masa, tetapi hanya kerana kita bekerja bersama, tidak bermakna kita dapat memulakan perniagaan bersama-sama.

Dan hanya kerana kita memulakan perniagaan bersama-sama tidak bermakna perniagaan itu berkembang maju.

Salah satu sebab manusia menghadapi kesukaran bagi membangunkan perniagaan adalah sebuah perniagaan sebenar memerlukan lebih daripada satu kemahiran.

Sistem pendidikan kita menghasilkan orang yang memiliki pelbagai kemahiran khusus.

Hanya usahawan sebenar dapat menggabungkan tenaga kemahiran ini untuk bekerja dalam teamwork bagi membangunkan legasi yang hebat.

Jika ingin menjadi Usahawan Pendidikan yang profesional, anda dijemput ke Seminar Tutor Profesional.

jawatan ksosong pengurus cawangan, guru, tutor, executive

Bina kepimpinan serta pasukan kita.

Yakin Sebelum Berjaya.

 

Total
0
Shares
Related Posts