Motivasi Usahawan: Allah Mengikut Sangkaan HambaNya

Sekiranya anda sering menemui jalan buntu dalam kehidupan, bacaan ini memang untuk anda. Ada 1 cerita yang menarik mahu saya kongsikan.

Saya panggil beliau Syafiq. Setiap hari, beliau melalui perkara yang sama sahaja setiap hari.

Ada kala, kena marah dengan bos. Submit kerja lambat. Datang kerja lambat. Dah biasa dan tak kisah.

Seperti biasa, malam minggu tengok TV. Tengok cerita. Kemudian, iklan. Standard la. Cerita melayu. Iklan lebih dari cerita.

Tapi, iklan ini ada slot Ustaz Kasim (bukan nama sebenar). Kata beliau,

“Kita ni kalau buat kerja apa sekalipun buat yang terbaik. Minta apa yang kita nak. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya”

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Surah Al Baqarah : 186)

Syafiq, sambil menguyah kacang kembali berfikir. Teringat semula cita-cita nak jadi usahawan berjaya. Tapi, kenapa beliau masih di sini?

Syafiq mula tanam azam. Kerja elok-elok. Kerja hantar before time. Datang awal. Selalu senyum. Buat kerja ikhlas. Berfikir positif.

Sebabnya, Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. Syafiq sangat yakin. Alhamdulillah. 5 tahun kemudian, Syafiq naik pangkat.

Namun, Syafiq masih berpegang kepada “Allah mengikut sangkaan hamba-Nya” . Syafiqah mahu jadi usahawan. Masih ingat cita-citanya.

Lalu, Syafiq nekad. Bermodalkan ilmu dan sedikit simpanan beliau. Beliau mulakan bisnes dan menghadapi pelbagai cabaran dan turun naik dalam bisnes.

Alhamdulillah dengan kegigihan, semangat yang kental dan izin daripada Allah, kini beliau merupakan usahawan berjaya dan mendapatkan apa yang diimpikan selama ini.

Mungkin ramai di antara kita juga seperti Syafiq. Pasrah sahaja dan berpada-pada terhadap apa sahaja yang diperolehi.

Dalam kehidupan, kejayaan adalah tidak terhad. Hidup ini adalah untuk berkongsi kejayaan dengan orang lain juga. 

Beri peluang kepada diri untuk jadi lebih baik. Fikir positif. Allah akan tunjukkan jalan.

Realiti yang berlaku ialah ramai di antara kita lebih fokus kepada apa yang mereka tidak suka, berbanding apa yang mereka suka.

Oleh itu, kita perlu fokus apa yang kita suka, bukan apa yang kita tidak suka, untuk menjadi insan yang berjaya dan bahagia.

Champions team

Bersangka Baik Dengan Allah

Yakinlah, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah memberi apa yang kita perlu.

Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita yang sebenar. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

Think Positive! Get Positive! InsyaAllah

Seandainya satu pintu tertutup buat kita, banyak lagi pintu lain terbuka.

Tingkap lagilah banyak 😉

“Aku bertindak menurut sangkaan hambaKu kepadaKu. Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika mereka mengingatiKu dalam dirinya, nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yakin pada Allah.
Yakin pada diri sendiri.

Jika kita yakin pada diri sendiri, secara automatik orang lain akan yakin pada kita

Kalau Kita Mahu, Allah Beri.

Terkadang Allah beri apa yang PERLU dan bukan apa yang kita MAHU! Jadi kita perlu sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jika kita sudah berusaha tetapi belum berjaya….

‘Sungguh mengkagumkan melihat urusan orang mukmin kerana baginya, semua masalah adalah baik. Dan sikap sedemikian tidak dimiliki kecuali orang yang benar-benar beriman sahaja. Jika dia mendapatkan kebahagiaan dia bersyukur kerana ia baik baginya, dan jika dia menghadapi keburukan dia bersabar, kerana itu baik baginya.”

(Hadis riwayat Muslim)

alhamdulillah, syukur, syukur dan sabar

Kita Menarik Apa Yang Kita Fikirkan

Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita fikirkan.

Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan gelombang yang positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke sekeliling. Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif mendatangkan banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam hidup kita.

nlp_nuro LUA NLP LOA

Bagaimana Minda Kita Berinteraksi Serta Boleh Mempengaruhi Kehidupan Kita? 

Fungsi RC adalah menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Maknanya, kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Dalam Islam kita panggil doa. Setiap apa yang fikir, cakap, buat semuanya adalah doa.

Cuma di sekeliling kita banyak yang negatif. Dan inilah yang banyak mempengaruhi minda kita tanpa disedari.

Minda kita ada minda sedar dan minda separa sedar.
Ramai fokus kepada minda sedar.
Tetapi, ramai yang belum meyedari bahawa minda separa sedar lebih ‘powerful’.

Jadi bagaimana nak mengawal minda kita?

Salah satu cara adalah sentiasa fikir positif, otak kita akan serap gelombang positif dan mengeluarkan frekuensi positif.

Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke sekeliling. Hasilnya, semua perkara yang baik-baik akan tertarik kepada kita.

law-of-attraction-20131213182504

Bagaimana Capai Kejayaan Dengan RC?

Kita perlu aktifkan Reticular Cortex (RC) secara positif.

Antara teknik yang baik untuk aktifkan RC adalah:

(1) Baca kisah kejayaan orang lain.
(2) Gambarkan diri dengan impian dan matlamat kita.
(3) Gunakan kata-kata positif kepada diri sendiri.
(4) Bergaul dengan orang yang positif dan berjaya.

jack ma alibaba

Cara Advance Kejayaan & Kebahagiaan

Sesungguhnya, Syurga diciptakan untuk hamba-Nya yang luar biasa. Be different. Terbang ke langit kejayaan yang tiada had.

8 Sahabat yang dijamin ke syurga adalah dikalangan orang Beriman, Bangsawan, Hartawan dan yang pasti semuanya adalah Dermawan 🙂

Beri peluang kepada diri untuk berjaya dan membantu orang di sekeliling anda kerana kekayaan yang sebenar adalah…

“Kaya bukanlah kerana banyaknya harta, melainkan yang disebut kaya adalah kaya jiwa”.

(HR Bukhari dan Muslim)

Total
0
Shares
Related Posts