Bukan mudah dan bukan juga mustahil hendak memastikan sesuatu bisnes itu dapat diturunkan dari satu generasi ke satu generasi serta membina LEGASI.
Apa yang penting adalah SISTEM & SOP selain team yang mantap, boleh gunakan Formula FOMAH + 2. Ia akan cover strategi penting dalam bisnes. Orang Cina panggil ‘Strategi Chopstick’. Ada yang fokus ‘buat duit’. Ada yang fokus ‘urus duit’. Kalau salah satu ‘patah’, sukar untuk bisnes berkembang.
F: Financial. Segala rekod pendapatan & perbelanjaan direkodkan. ‘Tally’ kan dengan penyata bank. Boleh guna buku log, microsoft excel, software atau sistem online. Untuk Enterprise kalau rekod cantik boleh upgrade jadi Sdn Bhd. Selepas itu, boleh pergi lebih laju lagi.
O: Operation. Ini bergantung kepada bisnes itu sendiri. Bagaimana hendak pastikan perjalanan serta operasi syarikat berjalan lancar. Ada bisnes jual produk, ada bagi servis dan lain-lain. Kita yang lebih faham bisnes kita. Jadi kita yang latih, outsource, orang lain jika ingin kembangkan bisnes. Gunakan Standard Operating Procedure (SOP) yang dinyatakan secara jelas samaada secara bertulis, bergambar atau divideokan.
M: Marketing adalah NADI bisnes. Ia bukan perbelanjaan tetapi adalah pelaburan. Banyak strategi yang diajar di luar sana. Secara asasnya, ia terbahagi kepada Teknik Double O iaitu: Online & Offline. Offline seperti bunting, banner, poster, flyers dan lain-lain. Online pula seperti website, social media, SEO, Google dan banyak lagi. Strategi untuk implementasi pula ada bermacam-macam contohnya freemium, diskaun, cross-seling, back-end, copywriting dan lain-lain. Kalau apply dua-dua jenis dengan strategi & ilmu yang betul, boleh pengsan nak layan pelanggan.
Satu lagi kena belajar ‘market segmentation’ sebelum buat marketing. Baru mesej kita sampai pada orang yang tepat. Marketing era baru guna kaedah sharing iaitu ‘Content Marketing’ & ‘Story-Telling’ untuk meningkatkan kredibiliti kita & juga bisnes.
A: Administration. Tugasan ini nampak ringkas pada awal-awal bisnes, tetapi semakin lama ia menjadi semakin penting. Ia termasuk dokumentasi, filing dan urusan untuk mendapatkan certification, MOF, Sijil Bumiputera, ISO, Halal dan sebagainya.
H: Human Resource. Department ni fokus untuk membawa masuk, melatih orang baru atau sedia ada dalam syarikat. Bagaimana nak memastikan kualiti pekerja sentiasa dalam optimum dan seterusnya mereka memberi perkhidmatan yang ‘beyond expectation’ kepada pelanggan.
Sesetengah bisnes perlukan juga bahagian Research & Development (R&D) untuk meningkatkan kualiti & mengeluarkan produk@modul@perkhidmatan. Team ini juga dipanggil ‘Think Tank’.
Public Relation (PR). Ini biasanya bisnes yang dah establish. Memerlukan penjagaan hubungan bersama klien, partner & networking.
Apapun, andalah yang menentukan bagaimana bisnes anda diuruskan. Sistem yang cantik akan membolehkan bisnes anda meninggalkan LEGASI walaupun sesiapa sahaja menguruskannya.
Sebesar manapun bisnes itu, ia bermula dengan langkah pertama. Awal-awal bisnes mungkin kita buat banyak tugasan. Semakin lama boleh serahkan pula kepada orang lain.
Mulakan dengan apa yang kita ada. Tidak semestinya modal yang besar. Yang penting ada ilmu & strategi.
‘YAKIN SEBELUM BERJAYA’
Mohon kongsikan jika ada manfaat. Terima kasih 🙂