5 Prinsip C.E.N.T.S Untuk Membina Legasi Bisnes

Pelbagai teknik dan strategi di luar sana yang dikongsikan oleh pelbagai pihak untuk membina bisnes yang berjaya dan membina legasi.

Saya ingin kongsikan 5 Prinsip Asas Untuk Berjaya Dalam Bisnes oleh MJ Demarco dengan Teknik CENTS.

magic business pitching

1. Commandment of Control

Adakah bisnes yang dijalankan oleh kita menggunakan platform sendiri atau menggunakan platform yang dikawal oleh orang lain?

Contohnya jika kita bergantung 100% kepada sesebuah platform atau entiti bisnes, sebarang perubahan pada polisi akan menyebabkan bisnes kita terkesan.

Contohnya jika bisnes kita dijalankan di eBay secara sepenuhnya, sebarang perubahan polisi boleh mengeluarkan kita dari platform tersebut. Ini akan meyebabkan pendapatan kita akan tiba-tiba merudum dan kerugian. From Hero to Zero.

 

2. Commandment of Entry

Adakah bisnes kita boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja dan semudah mengisi borang dan memberikan duit?

Jika bisnes kita itu terlalu mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa ilmu dan sistem maka perlu berhati-hati kerana ia melanggar prinsip ini 🙂

 

3. Commandment of Needs

Adakah bisnes kita itu menyelesaikan masalah atau keperluan orang yang memang diperlukan oleh bakal pelanggan kita?

Jika kita melakukan bisnes semata-mata hanya kerana passion dan minat kita tanpa mengambil kira demand daripada bakal klien, ditakuti kita hanya buat bisnes yang syok sendiri 🙂

Sebelum memulakan bisnes untuk jangka masa panjang, senaraikan dulu Passion, Skill & Demand bisnes tersebut. Jika ia memenuhi ketiga-tiga elemen itu, insyaAllah boleh pergi jauh.

4. Commandment of Time

Adakah bisnes kita itu memerlukan kita pada setiap masa? Tanpa kita, bisnes tidak mampu berjalan?

Jika jawapannya adalah Ya, maka kita perlu fikirkan solusi dengan Teknik D.O.L untuk lebih produktif & efektif.

D = Delegate kerja pada pekerja (part atau full time)

O = Outsource kerja pada orang lain yang lebih pakar

L = Leverage tugasan dengan alat, teknologi atau apa sahaja yang menjimatkan masa dan efisyen.

 

5. Commandment of Scale

Adakah bisnes itu boleh dikembangkan dengan menggunakan sistem yang sedia ada?

Contohnya untuk mendapatkan pendapatan 10x ganda tidak semestinya memerlukan 10x ganda kerja dengan syarat menggunakan cara yang betul.

Jika bisnes itu mengalami stuck pada suatu tahap, maka kita perlu check kembali sistem kita dan mencari solusi, ilmu atau mentor dalam bidang berkenaan.

Apa pun, anda yang lebih mengenali bisnes anda. Maka buatlah pilihan terbaik untuk masa depan bisnes anda.

Teruskan perjuangan untuk menaikkan ekonomi sendiri & ummah.

Yakin Sebelum Berjaya 🙂

 

 

 

Total
0
Shares
Related Posts