Fenomena Baru Pembelajaran STEM di Malaysia. Apakah Itu?

Pembelajaran Science Technology Engineering Maths (STEM) bakal menjadi satu Fenomena Baru dunia Pendidikan di Malaysia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2013-2020 telah mengenal pasti Nilai Rantaian Bakat STEM (STEM Talent Value Chain) adalah berdasarkan tiga (3) fasa iaitu, Membangunkan Bakat (Developing Talent), Menggembleng Bakat (Harnessing Talent) dan Memperkasakan Bakat (Intensifying Talent), yang bermula dari seawal kanak-kanak di prasekolah sehingga ke tahap kepakaran yang tinggi dalam bidang sains dan teknikal.

Mengikut sumber dari MOSTI, Pusat Sains Negara (PSN) telah berkongsi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sains secara tidak formal yang bercorak interaktif, hands-on, hearts-on, & minds-on menerusi Program STI untuk Pendidik: Inovasi Pendidikan PSN.

Ianya merupakan inisiatif PSN untuk menarik minat pelajar terhadap STEM.

“Program Inovasi Pendidikan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kreativiti serta kemahiran penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru sains dan matematik agar lebih berkesan menerusi pendekatan santai dan interaktif dalam konsep pembelajaran sekali gus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)”, kata YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Inovasi Pendidikan Pusat Sains Negara hari ini di Pusat Kegiatan Guru, Tamparuli, Sabah.

Menyedari bahawa kepentingan pembelajaran sains dilaksanakan dengan cara yang lebih menyeronokkan, MOSTI melalui PSN telah dan akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti bagi berkongsi cara pembelajaran sains tidak formal yang boleh memberi nilai tambah terhadap cara pembelajaran formal di sekolah.

pendidikan-stem-di-malaysia

“Melalui beberapa kaedah penyampaian modul pendidikan yang diubahsuai adalah menjadi harapan MOSTI dan PSN khususnya, agar modul pengajaran dan pembelajaran ini dapat terus dikembangkan kepada kumpulan yang lebih besar di masa akan datang,” jelasnya.

Program Inovasi Pendidikan ini merupakan kerjasama antara Pusat Sains Negara dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kali ini ia melibatkan 40 orang guru sains dan matematik tahap dua peringkat negeri Sabah bermula 20 April sehingga 22 April 2016.

Sumber MOSTI

 

Untuk info lanjut mengenai Modul STEM untuk Sains & Matematik terbaik di pasaran boleh layari: Modul Funtastic STEM

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

Ingin Kenal Lebih Lanjut Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018?

Adakah anda seorang Tutor, Pendidik atau seorang Usahawan Pendidikan atau anda berminat menceburi bidang yang sedang ‘meletup’ di…