Terpaksa Tutup 5 Buah Pusat Tuisyen, Apa Cikgu Ina Lakukan?

Ikuti perkongsian dari Cikgu Ina, Module Creator ‘Heart to Heart Closing’

===============

Bicara Hati! 

Susah betul Cikgu Ina nak mulakan story ni. Lama juga tersimpan dari pengalaman luka dari hati.

6 tahun sebagai Usahawan Pendidikan, tersungkur lelah angkara Covid-19, hidup semula selepas divaksin! Secara ringkasnya begitulah.

Bismillah. 

Alhamdulillah. Perkongsian dari hati Cikgu Ina. 

Bermulanya PKP, bermulalah kejatuhan demi kejatuhan, jualan merosot sehingga terpaksa menutup  cawangan 5 buah akademi satu demi satu di depan mata. 

Terima Kasih Ujian!

Cikgu Ina berehat seketika dari pentas perniagaan. 

Bangkit semula bersama ilmu dan pengorbanan.

Buku ‘Pesanan Hati Untuk Hati’ karya Pahrol Ahmad Juoi buat cikgu Ina lebih mengenali & mula bersahabat baik dengan hati sendiri. Bahagianya. 

6bulan masa Cikgu Ina dihabiskan hanya untuk menjadi sahabat kepada hati sendiri. Cuba memahami hati. bertanyalah kepada hati, siapa & kemana mahu pergi? 

Menjadi sahabat kepada hati, cikgu Ina lebih suka bermuhasabah diri, mendengar tazkirah & nasihat serta join beberapa program kerohanian untuk kuatkan spiritual diri.

Seakan-akan meleraikan segala persoalan hati, hujung bulan pertama tahun 2021 cikgu Ina terjoin satu program Vaksin & Legend Blueprint Mentorship anjuran CMN Academy. 

Cikgu Ina hanya senyap & kaku.

Lama tak berinteraksi agaknya.  Cikgu Ina bertanya diri sendiri,  

“Adakah cikgu Ina akan menjadi orang yang baru sekali lagi?”

Malam sebelum tidur.

Terngiang-ngiang suara Speaker yang pada pandangan cikgu Ina agak sedap mata memandang,  disenangi, mesra & memahami. Kenal beliau tapi Cikgu Ina tak pernah follow dekat. Skeptikal padan muka terlambat. Ah, ruginya! 

Coach Mohd Noor! 

Nama speaker yang disegani. 

Teringat kata-kata beliau dalam LBM petang tadi. Mulakan apa boleh menang dulu. Mata cikgu Ina tak berkedip. 

Terus Bangun! 

Terus Bangkit!

Maka terjadilah shooting drama tanpa henti sehingga ke pagi. 

Agak lucu tergekek-ngekek gelak tengok wajah sendiri bercakap sorang-sorang depan telefon rakam video mengajar sendiri 😂

Langkah terus bermula! 

Bermula dari video rakaman, ajak ke kelas telegram, upgrade kelas melalui Zoom & sekarang alhamdulillah berjaya wujudkan Ina Elite Circle & Coaching. Yesss!!

Pantas sekali masa berlalu. 

6bulan dulu tiada gaji kini berpendapatan sendiri.

6bulan dulu tak mengerti kini lebih memahami. Alhamdulillah! 

Masa isi borang pendaftaran untuk ke Elite Tutor Squad, cikgu  Ina masih ingat lagi bila perlu isi borang pendapatan bisnes terkini, malu nak isi hanya telur ayam je! Allah. Segan sangat tau! 

Impian & Kenyataan! 

Target jualan Cikgu Ina nak capai bulan pertama RM5000 bulan February. Tinggi & berangan sungguh impian cikgu Ina ni kan. Berangan betul! 😂

Macam tak sedar diri kan. Dah lah baru mula bisnes semula, target tinggi-tinggi. 

Orang kata tak salah berimpian. Letak impian di atas gunung & belajar untuk ke gunung impian tu samada nak merangkak, bertatih atau berlari? 

Cikgu Ina pilih untuk berlari! Impikan RM5000 gaji pertama bulan pertama, tapi apa yang Allah tunaikan adalah satu kenyataan tidak lagi berimpian. 

Syukur alhamdulillah! 

Cikgu Ina berjaya capai jualan 5 angka pertama sebelum penutup Februari 2021! Takbir! 

Bagaimana semua ni berlaku?  Segalanya bermula dari “HATI”

Hati memilih, nak & mahu kepada ilmu. Wajib belajar & berguru! Setuju ke? 

Hari ini genaplah 60hari Cikgu Ina bersama CMN Academy. Maka berakhirlah perjalanan menghasilkan modul yang penuh cabaran dengan majlis graduasi konvokesyen Modul. Alhamdulillah!

Dengan bahagianya, Alhamdulillah cikgu Ina berjaya hasilkan satu lagi modul untuk berkongsi ilmu Close Sale seperti yang cikgu Ina sendiri amalkan sehingga berjaya Closing jualan 5 angka. Syukur sangat-sangat! 

Sentiasa pesan diri sendiri, berbisneslah dari hati. Maka wujudlah “Heart to Heart Closing” hari ini untuk membantu lebih ramai usahawan pendidik & mikro yang lain berjaya tingkatkan pendapatan melalui Skill Closing dari hati. 

Lebih istimewa sebab inspirasi nama judul modul adalah dari guru tercinta, “Heart to Heart Closing” Bangganya!

Dari Hati akan sampai ke Hati ❤

Salam Kejayaan, 

Cikgu Ina

===============

Semoga ada dapat manfaat dari perkongsian beliau.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Bila Tutor Online Baru Nak Belajar ‘Shooting’

Alhamdulillah dapat jemputan dari RTM untuk sebuah rancangan TV berkaitan “Lifestyle E Commerce”. Salah satu ...