Steve Job merupakan Pengasas kepada syarikat Apple yang telah mencetuskan revolusi dalam dunia teknologi dengan menghasilkan komputer dan smartphone yang berkualiti seperti iMac & iPhone. Beliau digelar sebagai ‘Father of Digital Revolution’, ‘Master of Innovation’ & ‘Design Perfectionist’.
Beliau pernah dibuang dari Apple kerana sifat ‘degil’ & perfectionist yang ada pada diri beliau dan kemudian kembali semula selepas 12 tahun.
Steve Job ketika ditawarkan untuk kembali ke pangkuan Apple semasa zaman kejatuhannya hanya dibayar gaji sebanyak 1 dollar sahaja. Sebelum itu beliau pernah dibuang dari syarikat yang diasaskannya sendiri atas isu-isu tertentu.
Namun selepas itu beliau berjaya membangunkan kembali jenama Apple dengan teknologi ‘touch screen’ dengan menggunakan jari yang telah mengubah teknologi pada masa itu.
Ada yang mengatakan jika seseorang itu melakukan kerja yang merupakan ‘passion’nya, jika tidak dibayar sekalipun pun dia akan melakukannya juga.
Jika dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai, ibarat seorang ‘patient’ (pesakit) kesakitan yang terpaksa menelan ubat.
Adakah Steve Job melakukan kerjanya semata-mata kerana wang?
Jika ya, sudah pasti ia tidak menerima tawaran untuk kembali ke Apple yang mengalami zaman kejatuhan ketika itu.
Beliau melakukannya kerana minat yang sangat mendalam dalam bidang teknologi dan dengan matlamat untuk melakukan suatu perubahan untuk manusia sejagat sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tahukah anda juga bahawa Steve Job:
1. Merupakan anak angkat kepada satu pasangan yang tingal di Silicon Valley, San Francisco.
2. Sejak kecil dia suka membantu bapanya untuk kerja-kerja yang melibatkan mesin, pemasangan semula & kreativiti walaupun di sekolah beliau dianggap ‘nakal’.
3. Beliau ‘drop out’ dari kolej selepas satu semester selepas menyedari ia bukan minatnya dan seterusnya mengambil kelas kaligrafi.
4. Beliau memulakan Apple computer di garaj bapanya bersama partnernya Woz (bekas jurutera di Hewlett-Packard ) selepas idea ‘home computer’nya tidak diterima di HP.
5. Beliau berjaya memperngaruhi Sculley untuk menjadi Presiden Apple di mana ketika itu beliau merupakan CEO Pepsi ketika itu dengan mengatakan mereka akan mengubah dunia dengan Apple.
6. Steve Job sentiasa mementingkan kesempurnaan dalam setiap produk Apple dan gayanya menyebabkan ada di kalangan pekerja tidak suka dengan beliau.
7. Setelah dipindahkan ke department research yang lebih kecil, kemuncaknya, beliau telah dikeluarkan oleh director Apple.
8. Beliau menjual semua sahamnya yang bernilai $100 juta ketika itu dan hanya menyimpan satu saham sahaja.
9. Selepas itu beliau mengasakan syarikat NeXT & Pixar yang fokus keada animasi dan telah memenangi anugerah animasi termasuk pengsadilan filem ‘hot’ seperti Toy Sory dengan kerjasama dengan Disney.
10. Selepas itu Disney membeli Pixar dengan harga $7.4 billion.
11. Manakala, Apple dalam keadaaan struggle selepas ketiadaan Seteve Job pada tahun 1997. Komputer IBM dan Microsoft mendominasi pasaran ketika itu.
12. Apple membeli NeXT dan kerana produknya yang inovatif.
13. Pengurusan Apple yang teruk dan hampir bangkrup ketika itu menyebabkan mereka desperate dan memerlukan kepemimpinan baru.
14. Ketika itulah Steve Job membuat perubahan baru seperti memecat ramai pekerja dan menghentikan pengeluaran pelbagai jenis produk seperti printer & scanner.
15. Fokusnya hanya untuk mencipta produk komputer yang unik dan lain daripada yang lain daripada apa yang berada dalam pasaran amak terhasillah produk seperti iMac dan ipod dan mencetuskan revolusi dalam industri musik dengan iTunes.
Beliau memang merupakan seorang yang ‘degil’, pentingkan kesempuranaan serta tidak suka mengikut peraturan atau arus semasa dan hikmahnya maka terhasil sebuah syarikat Apple yang bernilai lebih daripada $8 billion ketika ini.
10 Strategi Kejayaan Steve Job
1. Jangan hadkan kehidupan ini seperti yang selalu difikirkan oleh ramai orang
2. Perlu ada minat yang mendalam dalam apa yang kita lakukan
3. Kita bertanggungjawab untuk ‘design’ kehidupan seperti apa yang kita inginkan
4. Bina produk yang berkualiti
5. Bina pasukan yang mantap
6. Jangan buat sesuatu kerana duit semata-mata
7. Bangga dengan produk sendiri
8. Pentingkan kepuasan pelanggan
9. Pemasaran adalah berkaitan nilai yang kita berikan
10. Sentiasa berasa tidak cukup dan tidak jemu untuk mendapatkan sesuatu
Itu Steve Job, apakah pula legasi yang ingin kita tinggalkan kepada ummah, masyarakat dan dunia?
‘Think big, start small’
Steve Job’s 10 Rules of Success