Find The Real Khalifah In You!

Berkesempatan untuk berbual bersama orang muda tentang impian mereka..saya tanyakan, kenapa minat sangat buat benda ni..keluarlah macam-macam jawapan yang hanya di peringkat ‘surface’..tapi bila korek-korek lagi, kita tahu itu adalah BIG WHY bila mata mereka mula bersinar dan bercahaya, itu maksudnya impian mereka sebenar dalam hidup ini dan kehidupan selepasnya..

Kita susah nak pergi jauh jika kita tak betul-betul faham apa yang kita buat. Kalau kita buat sesuatu hanya untuk┬ákepuasan diri, benda tu bukanlah kepuasan sejati. Ia hanya sementara.. Tapi kalau kita cakap aku mesti buat ni, kalau tak buat aku tak dapat nak bantu orang lain, ia akan ‘push’ kita lebih kuat untuk capai impian tersebut..

So, kalau kita belum jumpa apa passion kita dalam hidup ni, kita masih ada masa lagi untuk mencarinya. Sebab kalau kita betul-betul faham tujuan hidup kita, nescaya kita tak punya masa untuk duduk-duduk bersenang lenang.. sesekali tu oklah kan… ­čÖé

Majoriti orang sebenarnya hanya buat benda untuk puaskan hati orang lain, bukan apa yang mereka nak dalam hidup ini..Allah nak kita jadi hambanya yang taat dan khalifah..so bila kita faham tugas sebenar seorang khalifah, hidup kita tak boleh biasa-biasa lagi, dah wajib jadi luar biasa untuk sebarkan manfaat kepada seberapa ramai insan..

Analogi senang macam ni, rasanya kalau kita tak ada lagi di dunia ni, apa agaknya orang sekeliling kita rasa? sahabat, kawan-kawan, keluarga, team, dan lain-lain. Kalau rasanya dorang biasa je atau 2-3 hari je rasa sedih, so ada something wrong di situ.. Tapi, kalau mereka rasa kehilangan, so mungkin ada ciri-ciri khalifah tersebut.

So find the real ‘Khalifah’ in you

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Sebelum Anda Mempelajari Teknik Marketing, Kuasai Ilmu Ini Dahulu

Apakah bisnes yang bagus?   Bisnes yang menambah NILAI dalam kehidupan seseorang itu.   Ramai ...