Kebanyakan usahawan-usahawan hanya membuat promosi atau marketing untuk suatu produk dan servis dan kemudian selepas klien mereka membeli tiada lagi follow up selepas itu.
Satu ada kekurangan dari segi Lifetime Value (LTV) klien tersebut.
Bahasa mudahnya, LTV adalah berapa Nilai klien kita sepanjang menjadi klien kita.
Sebagai contoh:
Jika klien kita membeli 1 produk yang berharga RM90 dan pembelian tersebut sekali sahaja, maka LTV klien tersebut adalah RM90.
Namun, jika ada tawaran yang baik selepas itu yang membuatkan klien tertarik dan mempercayai brand kita, ia boleh disusuli dengan pembelian lain seperti produk lain yang bernilai RM150.
Di sini LTV sudah menjadi:
RM90 + RM150 = RM240
Begitu juga servis yang berterusan secara bulanan (recurring) seperti tuisyen contohnya ia akan menjadi:
RM120 x 8 (bulan) = RM960
Jadi LTV sudah menjadi RM960!
Perbezaan yang sangat besar bila kita mengabaikan LTV ini!
Bersambung… 🙂