Bagaimana Nak Jimatkan Kos Pengiklanan Dengan ‘Customer Avatar’?

Untuk membuat pemasaran berkesan, pertama sekali kita perlu tahu dengan jelas siapa orang yang sesuai dengan produk/servis kita, di mana mereka sering berada dan apa masalah/cabaran mereka.

Atau ia juga dipanggil membina ‘Customer Avatar’ (CA) atau membuat profil agakkan atau rekaan tentang bakal klien kita.

Screen Shot 2016-05-03 at 10.40.16 AM

Menurut Digital Marketer, sebuah syarikat marketing consutant di US, dengan membina customer avatar ini akan membantu kita dari segi:

1. Content Marketing (CM) – Apa CM yang sesuai untuk prospek kita seperti status facebook, artikel blog, video dan lain-lain

2. Trafik – Apa platform iklan berbayar yang sesuai digunakan

3. Copywriting – ayat iklan dan tawaran yang sesuai bagi menarik prospek anda

dan banyak lagi kelebihan lain.

Jika kita tidak kenal dengan jelas siapakah target market kita, kita akan membazirkan kos pengiklanan dengan mensasarkan kepada target yang salah.

Untuk prospek kita, mungkin ada beberapa CA yang berbeza mengikut jenis target market.

Ini merupakan salah satu contoh CA untuk prospek ‘Bengkel Keusahawanan’.

Kelihatan CA ini sangat mendalam walaupun ia sekadar anggapan sahaja.

Screen Shot 2016-05-03 at 10.33.05 AMContohnya, dengan mengetahui Goals & Value prospek kita, kita boleh berkongsi info atau membina copywriting pengiklanan yang sesuai dengan mereka. Contohnya kita boleh letakkan tajuk iklan ‘Ingin mengembangkan bisnes anda dengan teknik pemasaran yang berkesan?’

Manakala Sources of Information dapat membantu kita mengetahui tempat yang sesuai untuk kita membuat pengiklanan bagi menarik prospek kita berdasarkan media penerbitan atau media sosial yang digunakan oleh mereka. Tidak semua medium pengiklanan sesuai dengan semua produk atau servis.

Untuk bahagian ini kita perlu menyenaraikan secara spesifik atau niche terhadap bidang tersebut. Contohnya buku yang mereka mungkin baca dan orang lain jarang membacanya. Katakanlah kita target usahawan-usahawan untuk hadir ke program kita. Jika kita target The Vocket, sesiapa sahaja yang tidak berminat dengan bisnes turut membaca The Vocket. Tetapi kalau kita target pembaca Majalah Niaga, kemungkinan besar ia sesuai dengan prospek yang kita target.

Manakala untuk Demographic pula, ia memudahkan kita mengetahui siapakah klien kita serta berguna untuk pengiklanan seperti di facebook dan Google Adwords.

Dengan mengetahui Challenges & Pain Points pula dapat membantu kita dalam design copywriting dan membina produk/servis yang dpat membantu menyelesaikan masalah mereka.

Objections & Role pula membolehkan kita bersedia dengan perkara-perkara yang menghalang mereka dari membuat pembelian dan juga apakah prospek kita itu pembuat keputusan atau hanya boleh mempengaruhi keputusan?

Selepas anda membuat 1 Customer Avatar, anda boleh membina beberapa CA yang sesuai dengan prospek anda. Dengan itu anda akan mempunyai beberapa CA yang berbeza untuk membantu anda design kempen pemasaran yang laser target untuk ideal klien anda sambil menjimatkan kos pemasaran kepada mereka yang bukan prospek anda.

Semoga membantu 🙂

p/s: Mohon SHARE untuk manfaat bersama. Terima kasih 🙂

Screen Shot 2016-05-03 at 11.07.54 AM

Total
1
Shares
Related Posts