Tempoh hari kami sekeluarga dijemput untuk makan oleh Supervisor PhD isteri saya.
Tengok dirumah dia memang disediakan tempat khas untuk beraktiviti seperti craft dan sains. Jadi saya tanyalah sama ada beliau tahu tentang Science Technology Engineering Maths (STEM).
Rupa-rupanya beliau merupakan ‘STEM Ambassador’ di UK yang bertanggungkjawab untuk mempromosikan STEM untuk pelajar-pelajar sekolah di UK. Boleh lihat di http://www.stemnet.org.uk/ambassadors/
Kemudian beliau menunjukkan pelbagai Kit Pembelajaran dan buku STEM untuk kanak-kanak..Kami memang teruja sebab permainan tersebut seperti Lab Sains & engineering yang biasa ada di makmal @ research centre, cuma ia versi kanak-kanak 🙂
Beliau berjanji untuk dapatkan maklumat lebih lanjut selepas saya beritahu sedang dalam proses untuk setup Tadika & Sekolah berkonsep STEM di Malaysia.
Alhamdulillah syukur 🙂
InshaAllah kami akan update lagi perkembangan STEM & ‘Multiple Intelligences’ di Malaysia & UK untuk manfaat pendidik & pelajar di Malaysia 🙂
Boleh lihat di Inovasi STEM Modul Sains & Matematik
#InspirasiAlJazari
#EduTillJannah
p/s: Moral of the story..kalau tidak tahu bertanya..selagi tak cuba tak tahu 🙂