Salam Perkenalan

Mohd Noor bin Mohd Tahir

(Malaysia's Professional Tuition Coach)

Merupakan graduan Bachelor in Biomedicine, Management Science University (MSU). Selain itu beliau mempunyai Sijil dalam bidang Usuluddin dari University Malaya Centre of Continuing Education.


Pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang doktor dan pernah ditawarkan untuk menyambung dalam bidang 'Medicine' di luar negara.


Namun, disebabkan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan, menyebabkan beliau melupakan hasrat untuk bergelar seorang doktor.

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang ini semenjak di universiti lagi, beliau telah melibatkan diri dalam bidang latihan, motivasi dan pembangunan insan secara aktif sejak tahun 2004 bersama konsultan, badan bukan kerajaan (NGO), masjid, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Di samping itu, beliau juga berpengalaman mengendalikan program bersama badan korporat, pelajar IPT, sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah harian. Pengalaman mengendalikan program, seminar ‘public’ membantu beliau menambahkan pengalaman dari segi pengurusan dan pemasaran yang efektif.

Pernah menghadapi kegagalan dalam bisnes!

Beliau merupakan Co-Founder Akademi Infitah dan Pengasas bagi CMN Global Consultant Sdn Bhd & CMN Education Group.

Selain itu, beliau juga merupakan Peneraju Modul 'Tutor Beyond Expectation' dan 'Success Tutorpreneur Mentorship' (STM) yang membantu Tutor & Usahawan Pendidikan mengajar dan menguruskan bisnes dengan lebih sistematik & profesional.

Beliau bersama team CMN Education Group telah membantu dan melatih lebih 2000 orang tutor dan Usahawan Pendidikan di Malaysia secara live dan online dan mempunyai lebih cawangan tuisyen di seluruh Malaysia.

Di samping itu beliau telah menganjurkan Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM yang merupakan program tahunan yang mengumpulkan tutor-tutor dari seluruh Malaysia dengan perkongsian pengalaman dari pakar-pakar jemputan dalam bidang masing-masing serat peluang untuk bernetworking sesama mereka. Info lanjut boleh lihat di sini.

DI SINI.

Beliau sentiasa berkongsi pengalaman melalui ebook, buku dan produk digital bagi membantu Tutor & Usahawan Pendidikan di Malaysia untuk berjaya dalam bidang ini

Beliau juga merupakan ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang diterajui oleh Dr. Tengku Asmadi dan TAMRIN sering menganjurkan bengkel-bengkel ‘Sharpen The Saw’ untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran jurulatih dalam bidang ini.

Selain itu, beliau juga merupakah seorang Coach & Professional Learning Facilitator (PLF) Mastery, Malaysia & SOIF Coach yang turut mempunyai visi dan misi membantu para trainer, fasilitator dalam menajamkan kemahiran masing-masing dalam bidang ini. Penglibatan dalam Kelab Pidato Perdana dan diiktiraf sebagai Pemidato Mahir juga membantu dari segi penyampaian yang berkesan kepada audien.

Selain itu beliau telah mendapat pensijilan 'Neuro-Linguistic Programming (NLP)' & Neuro-Semantics dari ISNS U.S.A dan 'Body Language Certified' dari Body Language Expert.

Beliau pernah menghadiri National Tutor Conference (NTC) di London serta merupakan Ahli Profesional kepada 'The Association of Professional Coaches, Trainers & Consultants' (APCTC) selain pernah melibatkan diri dengan sebuah syarikat di London yang membuat 'management software' untuk Tutorpreneur.

Beliau juga telah membantu usahawan-usahawan di United Kingdom dengan memberikan latihan & konsultansi dalam bisnes melalui networking yang telah diasaskan oleh beliau iaitu 'Malaysian UK Entrepreneur Networking' (UMEN).​

Sumbangkan beliau dalam bidang pendidikan dan tuisyen di Malaysia telah diiktiraf dengan Anugerah 'Icon Tutorpreneur 2016' yang telah diundi oleh para tutor dan usahawan pendidikan dari seluruh Malaysia.

Beliau juga telah mengasakan Portal khas untuk Tutor & Dunia Pendidikan Malaysia melalui www.tutorprofesional.com

Penglibatan bersama media & masyarakat

Pernah dijemput dalam MHI dalam perkongsian 'Keluarga Pendidik' dan merupakan tetamu jemputan untul Radio Negeri fm dalam Slot 'Diskusi Gen Y'.

coach mohd noor ustaz azamir timbalan mufti negeri sembilan negerifm

Penglibatan beliau bersama sebuah NGO yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan telah membentuk beliau untuk menjadi seorang insan yang dapat memberi manfaat kepada ummah dan masyarakat. Penglibatan bersama NGO Aqsa Syarif (Malaysia), Israa' Institution (UK) & ICare yang memperjuangkan isu Palestin & Syria melalui pelbagai aktiviti serta menjalankan projek-projek jangka masa panjang di Palestin turut membantu beliau meluaskan pemikiran serta pengalaman dan meningkatkan kemahiran ‘public relation’ dan hubungan bersama masyarakat.



coachmohdnoor coach home tutor malaysia


coachmohdnoor certified home tutor beyond expectation home tutor private tutor


Beliau juga merupakan Pengasas kepada 'Tutor Profesional Malaysia' (TPM) yang memberi bantuan kepada tutor dalam memberikan perkhidmatan yang profesional kepada klien.

 


ebook dan buku cmn publications coach mohd noor

Banner_300x250_1

onine tutors

coachmohdnoor national tutoring conference

usahawan melayu uk3


icon-tutorpreneur-malaysia-stpm-tutor-malaysia-coach-mohd-noor

coach mohd noor ustaz azamir timbalan mufti negeri sembilan negerifm


tetamu TV3 MHI coachmohdnoor



Pencetus kepada Modul Funtastic dalam subjek Sains & Matematik serta STEM (Science Technology Engineering & Maths) serta telah mendapat Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya.

Selain itu, Team CMN Funtastic juga telah merangkul Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA & Silver Medal dalam Eduinnovation UKM 2018


Beliau serta tutor dan usahawan pendidikan juga berazam untuk memberikan pendidikan percuma kepada mereka yang memerlukan terutama anak yatim dan yang kurang berkemampuan melalui inisiatif oleh CMN Care yang telah dimulakan pada tahun 2016.

CMN Care telah memulakan inisiatif untuk Projek tuisyen dan belajar al-Quran terutamanya kepada anak yatim dan asnaf di beberapa rumah-rumah kebajikan dan anak yatim di seluruh Malaysia dengan kerjasama ramai pihak. Lebih 3 buah rumah anak yatim yang mendapat manfaat dari projek bersama ini.

Beliau juga mudah mesra, suka berkawan dan suka bekerja dalam pasukan. Masih lagi mencari pengalaman dan menambahkan pelbagai ilmu & kemahiran bagi membantu dan memberi sebanyak-banyaknya pada orang lain. 

Beliau percaya untuk berjaya inspirasi kejayaan perlu bermula dari hati yang ikhlas dan diniatkan untuk membantu agama, bangsa, masyarakat dan negara.

 

Tagline beliau yang sering dipegang oleh 'Yakin Sebelum Berjaya'

coachmohdnoor certified home tutor beyond expectation home tutor private tutor

life-of-mohd-noor-1

Trigger goes here

 

 

Sertai Group Networking Tutor Malaysia

Apa kata mereka?

profile-pic

Tuan Mohd Noor Tahir adalah seorang usahawan yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Beliau juga seorang yang sangat gigih, cekal dan suka belajar. Dalam masa yang sama, beliau adalah seorang sahabat yang baik. Mudah untuk bekerjasama dan suka membantu. Saya sentiasa doakan beliau diberi kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan yang melimpah ruah. Amin!

Zuhairi Nopiah - Professional Inspirator at ATTRACTive Learning & Consultancy