Projek Tuisyen & Al-Quran Percuma

Saya masih ingat lagi pengalaman saya dahulu sewaktu mengajar di sebuah sekolah.

Terdapat beberapa orang anak yatim dari rumah kebajikan yang belajar di sekolah tersebut mereka kelihatan agak berbeza dengan rakan-rakan mereka yang lain. Pengalaman yang sama juga dilalui oleh tutor-tutor kami sewaktu mengajar di rumah anak yatim.

Self-esteem mereka agak rendah berbanding rakan-rakan mereka yang lain dan sedikit ketinggalan dalam akademik. Mungkin juga disebabkan pengalaman serta tiada ibu bapa yang menjadi tunjang kepada diri mereka.

Justeru itu kami sudah memulakan Projek kelas tuisyen & al-Quran secara percuma untuk Rumah Anak Yatim di samping memberi galakan untuk mereka berjaya dunia & akhirat.

Dua buah Rumah Anak Yatim juga telah bersetuju untuk kelas Al-Quran & Mengaji untuk Projek Ummah Social Responsibility (USR). Terima kasih Cik Noor ‘Afifah Ibrahim & Puan Nurwahidah Ab Gani yang menguruskan projek ini di Bangi dan Cik Insyirah di Seremban.

Kami juga berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan ini dengan bantuan lebih ramai pihak secara sukarela untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak yatim dan asnaf.

Jika ingin terlibat bersama kami, amat digalakkan. Termasuk juga PLF, trainer, motivator, yang berminat untuk membantu menaikkan motivasi dan self-esteem mereka mereka untuk berjaya dunia & akhirat.

Jika ada kos-kos yang diperlukan, kami akan berusaha untuk mendapatkan dana tersebut.

Jika berminat untuk menyertai projek ini di bawah Akademi Rahman Auf, kami menyambutnya dengan hati yang terbuka sama ada anda ingin mengajar atau memberi dana.

Motivasi daripada Rasulullah s.a.w

Pada suatu hari Rasululah SAW ditanya oleh sahabat beliau : “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ? Rasulullah SAW menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ”

(Hadits riwayat Thabrani).

kelas tuisyen anak yatim

Ada sinar di wajah anak-anak yatim ini.

Doakan mereka agar menjadi anak soleh yang bakal menjadi manusia yang sentiasa memberi manfaat kelak. Ameen

Mahukah anda bersama kami?

Whatsapp CMN Foundation ke 013-2006840.

#CMNFoundation

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

3 Teknik Magnet Menarik Klien Tuisyen

KHAS BUAT CMN EXCLUSIVE MEMBERS! 3 TEKNIK MAGNET MENARIK KLIEN TUISYEN. Pening kepala bagaimana nak dapat klien yang…