Jay Abraham merupakan ‘World’s No 1 Marketing Genius’ yang dipercayai oleh industri selain merupakan perancang strategi pertumbuhan perniagaan, dan pemasaran kepada perniagaan dari peringkat kecil & sederhana sehingga INC 500 dan Fortune 500 semenjak 30 tahun yang lalu.
Jay Abraham mempunyai kebolehan unik untuk melihat sesuatu masalah bisnes dan memberi penyelesaian yang terbaik dan praktikal. Antara salah seorang daripada 14 000 klien yang telah mendapatkan khidmat nasihat dalam marketing ialah Anthonny Robbins. Beliau juga dikenali kerana mempopularkan strategi ‘Unique Selling Proposition (USP)’ untuk meningkatkan nilai bagi sesuatu bisnes.
Beliau mempunyai ilmu, pengetahuan, dan pengalaman yang mendalam dalam bidang marketing (pemasaran) yang diperoleh hasil daripada pengalaman semasa bekerja dalam pelbagai industri yang berbeza.
Selain itu, beliau telah membantu syarikat-syarikat di lebih 465 industri yang berbeza, di lima benua.Tidak hairanlah industri dan CEO yang berjaya menganggap beliau sebagai perancang strategi perniagaan yang cemerlang.
Jay Abraham akan berada di Malaysia bersama-sama beberapa figure lain seperti Datin Winnie Loo (Personal Branding Expert), Steve Wee (Personal Branding Expert), Ewen Chia (The World’s #1 Super Affiliate),Kevin Green (Rich Dad Education Property Investor and Coach).
Ada 2 jenis Pakej iaitu VIP & Silver. Apa yang menriknya anda boleh menghadiri Program ini secara PERCUMA dengan memilih Pakej Silver.
Untuk membuat pendaftaran, boleh klik di sini: Jay Abraham Live in Malaysia.
Mungkin ini satu-satunya program yang beliau hadir di Malaysia. Jadi jangan lepaskan peluang ini untukmeningkatkan pencapaian bisnes anda 🙂
‘YAKIN SEBELUM BERJAYA’