Bagaimana Mengembangkan Bisnes Home Tuition?

Walaupun sudah bertahun-tahun tidak menggunakan no telefon sendiri untuk urusan pendaftaran Home Tuition, masih ada lagi klien yang masih menghubungi walaupun saya tiada di Malaysia 😉

Tersenyum apabila melihat semakin banyak permintaan daripada ibu bapa untuk perkhidmatan Home Tuition dan tidak ketinggalan semakin ramai yang menyertai bidang ini sebagai Tutor.

Alhamdulillah, ini menandakan bidang tersebut bagus dan potensinya semakin berkembang.

‘The most important thing is just keep upgrading your quality of services & give more and more values to the clients.’

Ramai orang bertanya dan tidak kurang pula yang ber’persepsi’ kurang enak semasa saya masih awal dalam bidang ini. Tak kurang juga merasakan bidang ni bukanlah kerjaya yang terjamin dan sekadar ‘part time’.

Jadi, sekarang bila orang tanya…

Kenapa pilih bidang tuisyen?

Apa yang ‘best’nya bidang Home-Based Learning ini?

Jawapan saya…

o Dapat memberi manfaat dengan menyebarkan ilmu serta kebaikan kepada insan lain dengan pembelajaran secara personal dan fokus

o Dapat membantu pelajar ke arah lebih baik dan mencapai kecemerlangan dalam subjek yang dipelajari

o Bebas menjadi majikan dan menetapkan jadual anda sendiri.

o Dari sehari ke sehari industri ini semakin membesar dan menerima permintaan yang ‘mencurah-curah’ daripada ibu bapa dan pelajar.

o Mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan rakan-rakan.

o Bebas menikmati faedah pekerjaan yang memuaskan dan menyeronokkan.

o Menjana satu lagi sumber pendapatan 3-6 angka sebulan dengan modal yang minimum. Return of investment (ROI) yang tinggi.

o Boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.

Alhamdulillah, CMN Academy sudah berkembang ke seluruh Malaysia.

Masih banyak yang perlu saya, team dan partner saya pelajari. Kejayaan memerlukan usaha yang bukan sehari, sebulan mahupun setahun. Kejayaan memerlukan usaha, pengorbanan dan ketabahan secara berterusan.

Walaupun jatuh banyak kali, bangkit dan melompat kembali. Cari rakan, mentor, tambah ilmu, join networking, upgrade diri, tingkatkan potensi. InsyaAllah kejayaan pasti menanti

STM

Al-Kisah Seorang Owner Tuisyen

Alhamdulillah, berkesempatan berbincang dengan seorang Pengusaha Home Tuition.

Beliau berada dalam dilemma..

Antara soalan beliau:

Perlukah mendaftarkan perniagaan?

Jawapannya adalah Ya atau Tidak.

Belum perlu, jika kita hanya mengajar sendiri.

Ya, jika kita ingin mengembangkan lagi perniagaan.

Dan sememangnya menjadi kewajipan usahawan untuk mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sangat penting untuk untuk kita daftarkan syarikat untuk manfaat jangka masa panjang bisnes dan personal contohnya untuk membuat pinjaman perumahan atau untuk pinjaman bisnes (jangka panjang).

Selain itu, dengan pendaftaran perniagaan juga klien akan lebih meyakini dan memandang tinggi tahap profesionalisma perkhidmatan kita.

Cadangan saya;

Untuk peringkat awal: Enterprise

Seterusnya: PLT (Jika perlu)

Target jangka masa panjang: Sdn Bhd

Apa pun bergantung kepada bisnes masing-masing.

Beliau juga sedang pening kerana menerima panggilan dan permintaan yang bertalu-talu sampai tak sanggup nak handle. Pendapatan pun boleh tahan, 5 figures.

Solusinya, untuk expand, perlu bina team.

coach mohd noor seminar tuisyen bengkel cikgu tuisyen home tutor private tutor

Untuk peringkat awal boleh hire part timer, pelajar IPT, suri rumah atau tutor sendiri pun ok. Semakin lama dan stabil, boleh ambil full time. Bahagikan tugasan finance, operation, marketing, admin, human resource, untuk diri sendiri dan team.

Apa kelebihan kita, kita boleh uruskan, yang bukan kelebihan atau kemahiran, boleh delegate kepada team.

InsyaAllah boleh berkembang.

‘YAKIN SEBELUM BERJAYA’

Untuk mengembangkan Bisnes Home Tuition boleh klik DI SINI.

footer CMNGE

Total
0
Shares
Related Posts