Dalam hidup ni, kadang-kadang banyak perkara yang kita ingin buat dan capai.
Tapi, ketahuilah, kemampuan seorang manusia untuk mencapai puncak tertinggi dalam semua perkara adalah terhad.
Jadi kita perlu fokus pada perkara yang tertentu untuk mencapai ‘ultimate success’
Teknik untuk fokus ialah:
1. Tetapkan dahulu apa ‘ultimate mission’ yang ingin kita capai dalam hidup ini iaitu kejayaan di dunia & akhirat secara spesifik.
2. Kurangkan browsing banyak perkara di internet seperti di social media, web, youtube, email dan lain-lain. Setiap perkara itu akan memerlukan kita membuat pilihan atau keputusan dan secara tidak langsung ia akan menekan will power, tenaga dan masa kita dan menyebabkan minda kita akan letih.
3. Kurangkan membuat banyak keputusan dalam satu-satu masa yang tiada kaitan dengan visi dan misi kita kerana ia akan menyebabkan kita membuat keputusan yang kurang efektif.
4. Delegate atau outsource tugasan yang kurang priority tetapi mengambil masa kita.
5. Berani berkata ‘tidak’ pada sesetengah perkara yang tidak membawa kepada niat dan misi kita.
Fokus akan hilang dan pergi apabila tiada ‘progress’ terhadap apa yang kita lakukan.
Jadi setiap progress walaupun kecil sangat penting untuk kembalikan fokus kita.
Apa akibat jika kita tidak fokus?
Mungkin suatu masa nanti kita akan bangun dari tidur dan menyoal diri berkali-kali bahawa apakah semua perkara yang kita lakukan ini akan membawa kepada matlamat kita.
Mungkin kerana tiada semangat..
Tiada perasaan..
Atau tiada connection apabila membuat tugasan dan kerja seharian kita.
Untuk lebih memahami ikuti penerangan ini dari Brendon Burchard