Apakah Faktor Utama Yang ‘Meranapkan’ Bisnes Yang Berpotensi? Baca Ini

Pada permulaan suatu bisnes, perkara yang sangat penting adalah aspek sales & marketing. Apabila bisnes sudah menghasilkan keuntungan, ada di kalangan usahawan yang terleka dan mengabaikan aspek pengurusan kewangan.

Mereka merasakan bahawa pendapatan hasil daripada bisnes tersebut adalah hak mutlak mereka di atas usaha keras yang mereka jalankan. Lalu mereka membelanjakan semahunya terhadap kehendak mereka seperti kereta dan barangan mewah dan mengabaikan pengurusan kewangan. Tidak lama kemudian, mereka ‘stuck’ di tengah jalan dan bisnes tersebut terkubur.

Apabila usahawan dapat menjaga kewangan & akaun bisnes dengan baik, ia akan dapat membantu syarikat untuk berkembang dengan lebih jauh 

Hasil daripada pengalaman memberi konsultansi kepada usahawan-usahawan SME, saya berjumpa dengan ramai bahawa usahawan yang tidak dapat berkembang atau tutup bisnes bukan kerana produk atau servis tidak bagus atau tidak laku, tetapi disebabkan pengurusan kewangan yang diambil enteng.

Antara faktornya duit syarikat dan duit sendiri bercampur. Ini antara gejala yang bahaya bagi sesebuah syarikat yang baru hendak berkembang.cmn finance & investment

Banyak bisnes yang berpotensi untuk maju tetapi tidak dapat pergi jauh kerana pengurusan kewangan yang tidak efisyen. Contohnya tidak mengasingkan duit bisnes dan duit peribadi. Tidak kurang yang terpaksa tutup atau terus bangkrap.

Sebagai contoh, jika kita mempunyai kedai runcit, kemudian saudara atau kawan kita datang membeli. Kemudian kita memberikan barang secara percuma dan tidak merekodkan, itu merupakan suatu kesalahan dari sudut akaun walaupun ia bukanlah haram dari sudut syara 🙂 

Satu lagi, apabila seorang usahawan itu menggunakan duit hasil jualannya untuk kegunaan sendiri tanpa merekodkannya sebagai gaji. Kadang-kadang kita tidak sedar kerana kita menganggap duit syarikat juga adalah hak mutlak kita. Memang benar kita berkuasa terhadap duit itu, tetapi tanpa disiplin yang ketat, maka syarikat kita tidak mampu berkembang dan tinggal pada tahap yang sama.

Pengurusan kewangan yang efektif akan menyebabkan suatu bisnes itu boleh bergerak maju dan ia membantu survival jangka masa panjang termasuklah dari segi pelaburan syarikat.

business management

3 Jenis Akaun Bagi Perniagaan

1. Akaun Pengurusan (Management Account)

Ia dibuat oleh owner atau pekerja syarikat (akauntan). Ditugaskan untuk merekod masuk-keluar duit dalam syarikat. Begitu juga menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan jual-beli.

2. Akaun Audit (Audited Account)

Diuruskan oleh setiausaha syarikat dengan melantik auditor untuk mengaudit. Dibuat dengan mengambil maklumat dari management akaun. Semua syarikat Sdn. Bhd. perlu menghantar akaun yang telah diaudit ke SSM setiap tahun.

3. Akaun Cukai (Tax Account)

Diuruskan oleh setiausaha syarikat dengan melantik auditor untuk pengiraan cukai. Dibuat dengan mengambil maklumat dari audited akaun. Semua syarikat dan perniagaan perlu menghantar maklumat keuntungan yang dikenakan cukai kepada LHDN setiap tahun.

Kita akan pergi lebih jauh dengan menubuhkan syarikat Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan kemudian Sdn Bhd.

business metrics

Apakah Rekod Akaun Yang Perlu Disimpan?

1. Pendapatan

Hasil jualan produk/perkhidmatan (duit masuk) yang perlu direkod setiap hari. Oleh itu, pendapatan kasar setiap hujung bulan boleh dikira.

2. Perbelanjaan

Antara kos – kos perbelanjaan (duit keluar) ialah:

Kos utama (bahan mentah/pembekal)
Kos pekerja (gaji/socso/epf)
Kos utiliti (elektrik/air/internet/sewa pejabat)
Kos lain – lain

3. Aset

Harta yang dimiliki oleh syarikat. Terbahagi kepada 2 iaitu:

i. Aset semasa.
Contoh: wang tunai, baki simpanan, bayaran pendahuluan terhadap
produk/servis, stok barang yang bakal dijual.

ii. Aset tetap.
Contoh: tanah, bangunan, peralatan seperti mesin.

cmn property

4. Liabiliti

Tanggungan atau hutang yang dibuat oleh syarikat. Boleh dalam bentuk wang, barang atau perkhidmatan.

Contoh: pinjaman membeli kenderaan, pinjaman membeli rumah, hutang kepada pembekal

5. Ekuiti

Pelaburan pemilik dalam perniagaan. Terdiri daripada:

i. modal pemilik yang dilaburkan oleh pemilik kepada perniagaan.

ii. keuntungan/kerugian daripada kegiatan perniagaan.

 

Apakah rekod kewangan yang Perlu disimpan oleh syarikat?

1. Senarai pelanggan dan pembekal
2. Invois/resit setiap pembekal dan pembeli
3. Penyata bank
4. Keratan cek
5. Resit pembelian
6. Senarai aset syarikat
7. Bil utiliti, zakat & CSR
8. Perjanjian sewa-beli
9. Penyata ‘Petty Cash’

 

Apakah kelebihan syarikat Sdn Bhd?

1. Syarikat Sdn Bhd adalah automatik menjadi syarikat Small medium enterprise (SME). Oleh itu, lebih banyak peluang bisnes untuk syarikat Sdn Bhd.

2. Hutang liabiliti ditanggung oleh syarikat. Jika ada hutang dengan supplier atau client, pemberi hutang mahu saman, hanya syarikat yang akan menanggung. Mereka boleh mengambil aset-aset syarikat untuk dilunaskan hutang. Dengan syarat aset tersebut dibawah nama syarikat.

3. Dalam syarikat Sdn Bhd, bank akan memberi loan kepada syarikat,bukan pengarah syarikat. Contohnya dalam pembayaran asset hartanah, andai suatu masa syarikat tak mampu bayar, bank akan ambil alih hartanah.

4. Beli kenderaan guna nama syarikat. Jika Beli rm100k guna nama syarikat, selepas 3 tahun,Kereta tersebut sudah turun harga. Selepas itu secara personal kita boleh memiliki kereta tersebut dengan harga serendah RM10k!

 

Adakah anda berminat untuk mendapatkan tip pengurusan kewangan bisnes tuisyen secara percuma?
Mohon komen ‘Berminat’ di bawah ini.

 

 

Total
0
Shares
Related Posts