Al-Kisah Seorang Pakcik Tua Yang Ingin Menunaikan Haji

Alhamdulillah, teringat suatu ketika berpeluang berbual dengan seorang pakcik yang bekerja sebagai pegawai kerajaan sementara menunggu selesai urusan dengan jabatan tersebut.

Umur beliau sudah 55 tahun, berhasrat untuk pencen, tetapi beliau perlu menyambung kontrak atas arahan dari pegawai atasan.

“Saya ni kalau boleh nak pencen awal. dapat duit pencen saya nak pergi haji dengan isteri. Saya pun tak tahu sempat atau tidak buat haji. Nak cover perbuatan kita masa muda-muda dulu.” Matanya kelihatan bergenang walaupun ditahan sebaik mungkin. Nampak keikhlasan dari raut wajahnya.

masjidil-haram-1

Beliau berkata, “InsyaAllah tahun depan nak mohon lagi sebab badan masih sihat untuk buat haji. Akan datang belum tahu lagi.”

Beliau juga menceritakan keadaan anaknya yang sukar untuk mendapat pekerjaan. Dia juga bertanya saya kerja apa. Seperti biasa, saya bagitau mengajar tuisyen.
Pakcik itu bertanya “Kenapa tak mohon jadi cikgu sekolah?”

Saya yang sudah meneka soalan biasa itu menjawab “Saya suka kerja sendiri pakcik” sambil tersenyum 🙂

Sempat juga mendengar sesi tazkirah dari beliau. Saya doakan agar urusan beliau dipermudahkan Allah.

Banyak yang saya belajar dari beliau. Mungkin setiap orang melihat situasi dengan cara yang berbeza.

Salah satu perkara yang saya belajar adalah ‘delayed gratification’ iaitu kepentingan menangguhkan kepuasan bagi mencapai matlamat.

Biar kita bersusah dahulu, demi masa depan yang lebih baik.

Beramal dengan sebaiknya sebelum datang masa tua dan sakit.

Terima kasih pakcik atas peringatan ini.

Semoga kita dapat menunaikan haji dengan hati, minda dan tubuh yang sihat, insyaAllah.

Anda dapat belajar sesuatu daripada perkongsian ini?

Total
0
Shares
Related Posts