Review

Testimoni

profile-pic

Apa yg boleh kami katakan selama kami menjalankan perkhidmatan home tuition ini dengan bantuan dari coach, alhamdulillah permintaan demi permintaan dari parents sangat-sangat mengalakkan.

Sistem juga makim hari makin lebih teratur. Walaupun saya ni kadang-kadang kurang faham atau ‘blur’ tapi saya tetap teruskan buat sahaja apa yg coach sampaikan. Dahulu kami buat tanpa ada ilmu sangat. Sekarang alhamdulillah ilmu bertambah, client bertambah,tutor bertambah ,dan duit poket pun bertambah.hehe

Sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat pada org lain. Pada mulanya wife saya yang perkenalkan coach kepada saya tak pandang sangat mula nya. Tapi yang buat saya teruja nk kenal lebih rapat sebab coach boleh buka home tuition secara bercawangan. Kami pun terus sign up personal coaching dengan coach. Maaf kan kami coach jikalau kami ada buat yg menguriskan hati coach mungkin juga kami degil tidak bertindak dan salu melengahkan..

Kami doakan coach sentiasa dirahmati allah sentiasa lebih dan lebih success dalam bidang pendidikan home tuition ini secara tidak langsung menjadi legasi yg lebih besar dan menjadi icon utama untuk islam dan bangsa dari seluruh dunia.

Harap coach tak pernah kenal erti bosan mengajar dan guide kami yang banyk bertanya ini.

Thank you very much coach.You are awesome

Atik Hariri

Founder Syoknya Home Tuition

profile-pic

Genius Atfal bermula sebagai sebuah pusat tuisyen.Sederhana, tanpa pengurusan yang sistematik dan efisien.Try and adjust berkali-kali, sehinggalah Allah merencanakan pertemuan yang cukup bermakna lagi indah bersama Famili CMN Education Group.Julai 2016,Kami memberanikan diri untuk melebarkan servis dengan ‘home tuition’. Tekun kami meneliti setiap nota dan video STM. Setiap satu memberi input maha berguna dalam pengurusan bisnes gaya korporat! Sistematik dan efektifnya ‘sentuhan’ STM dan CMN,Bukan hanya servis home tuition dapat kami jalankan secara terancang, Malahan sistem pengendalian pusat tuisyen turut menerima impak. Ajaibnya ‘sentuhan’ STM dan CMN,Bukan hanya angka-angka perolehan kami meningkat,Malah energi serta daya kerja juga meningkat. Bulan pertama, pendapatan GA meningkat 22%.Terima kasih CMN. Impak yang diterima bukan hanya membantu dalam pengurusan servis home tuition, bahkan pusat tuisyen juga. Saya kerap ditanya.Entiti manakah yang mendorong perubahan hampir 360′ sistem dan energi GA. Maka ketahuilah, CMN-lah salah satu entiti penting yang membentuk siapa dan bagaimana GA hari ini.

#YakinSebelumBerjaya

Azlinda MahariFounder Pusat Tuisyen Genius Atfal

profile-pic

Sejak coaching dengan coach kami lebih jelas nampak potensi bisnes home tuition ni. Sebelum tu kami ajar sendiri dan tak tahu pun yang home tuition ni boleh jadi something yang besar. Kami berterima kasih kepada coach sebab guide kami, mula-mula macam blur juga tapi bila dah buat makin faham.

Sekarang kami plan sesuatu yang lebih besar hasil guide dari coach. Ni jujur ni tak ada nak kipas ke apa.

Mentor yang seorang lagi ada ingatkan sellau yang kita kena hidup dan bagi manfaat pada orang lain. SO sekarang kami jelasa tentang bagaimana nak memberi manfaat pada orang lain.

Coach teruslah coaching kami ye. Kami tahu kami banyak tanya, tapi kami inshaAllah buat apa yang coach ajar.

InshaAllah Januari ini akan buka branch Shah Alam & Putrajaya. Branch Sungai Buloh-Damansara bakal menyusul, inshaAllah.

Thank you coach 🙂

Solehah Mat Ajid

Founder Syoknya Home Tuition

profile-pic

Alhamdulillah lepas join coaching saya dapat:

  • Fokus dan kekal dalam bisnes sebab jelas hala tuju, kalau tak mungkin saya akan lompat bisnes lagi
  • Latihan dan support yang berterusan secara offline & online. Boleh kira 24 hours support la 🙂
  • Kenal dengan rakan-rakan yang buat bisnes dalam industri yang sama. Semua saling bantu-membantu sampai lupa istilah persaingan
  • Akhir sekali dapat capai sales 5 angka sebulan dalam masa kurang setahun. Antara pencapaian terbesar saya setakat ini. Looking forward for more.

Terima kasih CMN 🙂

Akmal MohamadFounder Medina Home Tuition

profile-pic

Alhamdulillah..

Target lepas, reaching RM30k sebulan

Azlin DzulkiflyCEO ND Brilliant Home Tuition

profile-pic

Syukur alhamdulillah, kini saya sudah yakin nak berjaya seorang boleh, tapi kena langgar banyak batu dan dinding2.

Bila bergerak dlm satu pasukan, banyak manfaat dapat. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan group yg sangat awesome! Banyak sy belajar , salah satunya pasal pengurusan dlm bidang home tuition, tu pun baru 50% saya apply, banyak lagi saya perlu upgrade dan belajar dari Team CMN.

Kami sentiasa share ilmu untuk bantu sama2 berjaya! Daripada saya tak tahu apa2 sampai ke tahap ini sekarang..

Alhamdulillah boleh maintain 5 angka setiap bulan!

Apa yang penting, Yakin Sebelum Berjaya!😉

Nurul Ain Azmi

Founder Akademi Raudhah Genius

profile-pic

Modul STM mengajar saya dari zero hingga saya dapat kuasai teknik branding.

Dulu saya tak faham perkara ini, tapi kerana selalu didedahkan oleh CMN & the team, saya semakin faham hingga tercetus idea saya untuk Tajweed Infografik ini.

Dari saya tak tahu apa-apa sehingga saya dapat buat income hasil Modul STM ini, yang paling best CMN ajar cara meminimumkan modal dalam bisnes dan cara untuk kembangkan bisnes.

Sangat berbaloi saya join STM bawah CMN ini.

Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan pada saya 🙂

Ustazah Akmal Yaacob

Founder JaddaWajada Edu Solution

profile-pic

Nak Berjaya?

Dahagakan ilmu.

Sila cari mentor. Tiada istilah mentor yang cari anda.

Mereka banyak kerja lain. Mereka suka dengan kesungguhan anda!

Dah dapat mentor, sila sedut ilmu mentor dalam-dalam ya.

Ya..dulu saya tiada mentor.

Dulu saya guna jalan 100 km. Sekarang boleh bantu saya jalan 1 km.

Tu belum enjin saya rosak tengah jalan. Kadang-kadang terbehenti tersadai!!

Penat..

Ni mentor saya Coach Mohd Noor.

Sesiapa nak buka tuition boleh roger-roger dia.

Tapi jangan cari mentor yang suara sedap dan merdu macam dalam tv tu ya :)#brightmindsacademy

Maizura Moeen

Founder Bright Minds Academy

profile-pic

Sebelum Ustazah bina Akademi An Najah, ustazah takde pengalaman menguruskan kelas Quran secara sistematik.

Kelas Quran je pun kan? Matlamat ustazah nak bantu lebih ramai orang celik Quran.

Allah hadirkan coach Mohd Noor Mohd Tahir ketika ustazah menangis, merintih dan mengadu pada Ilahi, mohon jalan macam mana nak bantu lebih ramai orang belajar dan boleh membaca Al Quran sampai lancar.

Dengan izin dan petunjuk dari Yang Maha Mengetahui, Ustazah sujud syukur. Hasil bimbingan, latihan dan perkongsian ilmu dari Coach dan tim CMN, Ustazah akhirnya dapat juga tubuhkan Akademi An Najah, iaitu kelas Quran bersistem dan tersusun.

Ustaz atau Ustazah dan cikgu-cikgu serta bakal usahawan pendidikan yang mahu lebarkan sayap dan ingin kembangkan lagi pusat tuisyen dan pusat mengaji, Ustazah sarankan awak berguru dan dapatkan sentuhan ikhlas dari Coach Mohd Noor serta tim CMN.

Inshaa Allah sekurang-kurangnya dalam masa 3 bulan, anda akan nampak perubahan dan peningkatan yang mencanak-canak naik. Paling penting, jangan lokek belajar, bertindak dan berusaha. Anda akan tuai hasilnya dengan segera.Alhamdulillah. Hasil ilmu coach dan tim CMN, lepas guna teknik 12 Dragon , Akademi An Najah dah boleh pacu laju.

Ustazah Najihatul Husna

Founder Akademi An-Najah

profile-pic

Terima kasih juga kepada Team CMN yang banyak bantu selama ni menjadi asbab Alqudwah tidak terlanggar dinding seperti dulu. Dulu ambik masa 3 tahun untuk dapat pencapaian sperti sekarang, alhamdulillah dengan bimbingan Coach dan team CMN, Alqudwah mampu meroket lebih laju.

Pada bulan Mac sale naik kepada 7k lebih dan alhamdulillah saya capai 10k pada bulan April 2017. Walaupun terlewat 1 bulan dari target, saya tetap bersyukur. Sekarang Alqudwah sudah mempunyai lebih 70 tutor part time yang bersedia membantu para pelajar untuk mahir membaca Alquran dan juga Bahasa Arab. Team sale juga bertambah lagi sorang untuk bantu memasuki pasaran Negeri Sembilan dan Johor mulai Julai ini insyaAllah.

Ustaz Taufik Yusuf

Founder Akademi Al-Qudwah

profile-pic

Alhamdulillah, sejak Spektrum Ilmu Home Tuition coaching bersama CMN setiap hari adalah proses pembelajaran yang sangat baik dan padu diterima daripada Tim CMN. Bermula Januari 2017 dengan hanya 3 klien, pada bulan Mac 2017 hampir 98% klien yang bertanya kelas tuisyen berjaya “closed sales”, dengan bantuan video STM dan Tim CMN yang sentiasa memberi sokongan dan panduan 24jam/7hari.

Dari hari ke hari pertambahan klien dan angka perolehan juga mencecah 5 angka menjadikan saya yakin dengan kemampuan menguruskan home tuition sendiri. Doakan Spektrum Ilmu Home Tuition terus maju dan berjaya mendidik anak bangsa “Ilmu Menuju Puncak” Meroket dengan lebih laju.

Hannan Yusoof

Founder Spektrum Ilmu Home Tuition

profile-pic

Dengan nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji-pujian dan syukur dipanjangkan ke hadratNya kerana dengan hidayat dan anugerahNya memberikan saya kekuatan untuk bangkit daripada kegagalan.” 1 Tindakan Bisa Membuat Kita Terjatuh, Namun, ingatlah bahawa ada 1000 Cara Untuk Kita Bangkit” Alhamdulillah, sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu di luar kemampuannya. Bertitik tolak salam pertemuan dengan Beyond Home Tuition dengan nawaitu untuk meneruskan usaha menjana saham akhirat, hati saya terbuka untuk terlibat dengan lebih serius dalam bidang ini.

Mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang kependidikan (5 tahun ++ dalam bidang pusat tuisyen dan 5 tahun ++ sebagai seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah swasta terkemuka di selatan tanah air) rupanya tidak setanding dengan pengalaman 2 bulan menyertai bidang home tuition ini. Saya amat gembira kerana akhirnya “kepuasan” yang saya cari selama 10 tahun itu rupanya ada dalam bidang home tuition ini.Apakah kepuasan yang saya maksudkan?

Kepuasan itu dinikmati apabila kita dapat merasai bahawa Ilmu yang disampaikan itu diperoleh secara total oleh pelajar dalam sesi PdP, yang mana objektif ini amat sukat untuk dicapai sepanjang saya mengajar di pusat tuisyen (bilangan pelajar lebih kurang 20-30 orang bagi satu sesi) dan mengajar di sekolah swasta dengan kapasiti 45-50 orang pelajar dalam satu kelas.Hari ini, saya telah terpanggil untuk memperjuangkan “kepuasan” ini melalui bidang home tuition ini.

Rata-rata anak-anak didik masa kini bukannya tidak bijak tetapi apa yang kita bertungkus-lumus cuba sampaikan kepada mereka itu tidak kesampaian secara berkesan disebabkan oleh faktor persekitaran. Maka, melalui bidang home tuition ini saya telah melihat bahawa anak-anak yang keciciran ini dapat dibantu melalui pelbagai pendekatan yang diketengahkan dalam sesi PdP.Hakikinya, tiada manusia yang boleh berjaya tanpa sokongan atau bantuan daripada insan lain. Tiada manusia yang diciptakan sesempurna ciptaanNya.

Melalui CMN ini, saya dapat mengenali ahli keluarga baru yang besar dan amat bersikap keterbukaan. Dalam keluarga ini, saya dapat berkongsi ilmu dan pendapat dengan sesiapa sahaja tanpa wujudnya “perbezaan taraf” yang mana menjadi amalan segelintir organisasi yakni perbezaan senioriti yang seringkali menjadi punca kepada kegagalan individu yang baru menapak dalam bidang kependidikan yang mulia ini. Konsep sharing yang diamalkan amat bertetapan dengan konsep persaudaraan yang disarankan oleh ajaran Islam.

Konsep yang pernah menjadi punca penentangan masyarakat Arab Jahiliah terhadap perjuangan baginda Rasulullah saw dalam memperjuangkan agama Allah swt.Alhamdulillah, konsep sharing ini amat membantu golongan hingusan seperti saya ke dalam bidang home tuition ini. Semoga perkongsian yang dilakukan ini menjadi salah satu asbab kepada amal jariah yang bakal dibawa ke alam sana suatu hari nanti.Terima kasih kepada keluarga besar CMN.

Miela Kharmila Achmad

Founder Educare Home Tuition

profile-pic

Satu ruang belajar pengurusan pusat tuisyen dan hometuition yang terbaik untuk tutor dan tutopreneur di seluruh Malaysia. Itulah CMN. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada CMN kerana tak pernah jemu membimbing dengan penuh kesungguhan. Setiap persoalan berkaitan pengurusan terutamanya selalu diberikan jawapan yang terbaik. Saya tinggal pilih sahaja cadangan yang mahu dilaksanakan. Alhamdulillah. Selain itu, corak konsultasi dalam bentuk global, sentiasa membuka minda saya sebagai tutopreneur. Yang paling menarik, prinsip setiap orang yang suka berkongsi ilmu layak jadi tutor walau tidak terlibat dengan bidang pendidikan. Ini amat wajar untuk kita selaku tutorpreneur meyakinkan bakal tutor dan ibubapa. Terima kasih banyak banyak.

Setelah mendapat bimbingan secara tak langsung dari CMN, saya dapati lebih yakin untuk mengurus Pusat Tuisyen.

Nurain binti Sulaiman

CEO PUSAT TUISYEN ILHAM GEMILANG, MANJUNG

profile-pic

Segala maklumat tentang Home/Pusat Tuition ada di CMN! Mula tertubuhnya Tutor Buddies hanya daripada tiruvasi CMN dan guide ebook yang dibeli daripada Coach Mohd Noor. TIRU TIRU TIRU dari A to Z. Alhamdulillah rezeki dapat peluang untuk belajar dengan CMN, lagi banyak ilmu permata yang dapat untuk run Tutor Buddies tanpa perlu melanggar dinding lagi!

Sangat membantu untuk newbie dalam Bisnes Tuisyen. Lagi lagi sangat membantu untuk upgraded ke level seterusnya. Tak perlu nak lompat kelas kesana kemari untuk mencari ilmu, operation marketing finance, semua ada di CMN!

#yakinsebelumberjaya

#tutorbuddies

Fatin Nadzira

Co-Founder Tutor Buddies

profile-pic

Bagi pusat tuisyen yang masih lagi baru dan bertatih untuk bangun dan melihat secara menyeluruh dari segala aspek seperti Tutor Buddies perlukan bantuan dan bimbingan daripada mereka yang lebih terdahulu merasai selok belok bidang ini. CMN adalah pilihan yang terbaik yang pernah ditemui dengan elemen-elemen yang terbuka didalam setiap perbincangan serta aura aura positif yang dilontarkan untuk terus bergerak ke hadapan untuk bersaing dan mencurahkan ilmu. Kepuasan jawapan dalam setiap persoalan yang dilontarkan memberikan keyakinan CMN mampu untuk membantu home tuition mencapai visi dan misi yang direncanakan.

Dengan penerangan dan pembelajaran, operation-marketing-finance yang menyeluruh yang diberikan CMN akan memberikan kemudahan dan perjalanan yang lebih baik untuk membangunkan Tutor Buddies yang masih lagi meniarap untuk mengenal selok belok home tuition.

Tuan Muhamad Azmi

Co Founder Tutor Buddies

profile-pic

Alhamdulillah, saya mula tertarik dengan CMN sejak menghadiri program BETC yang lepas. Saya melihat sistem yang diperkenalkan adalah sangat bagus dan dapat membantu saya mengembangkan lagi bisness saya dalam bidang home tuition. Selain itu, Coach Mohd Noor dan team CMN banyak membantu saya dari segi coaching, menambah ilmu pengetahuan, pengurusan lebih teratur, pemasaran, support group fb dan memberi idea-idea yang bernas untuk saya melangkah jauh kehadapan bersama partner saya Cikgu Mim.

Pemintaan pusat tuisyen kami (Pusat Tuition Starkids) semakin meningkat, sejak kami menggunakan ilmu marketing dari CMN dan kini jumlah pelajar hampir 100 orang . Insyaallah dalam masa yang terdekat Starkids Home Tuition pula akan diperluaskan di seluruh Melaka.Insyaallah.Amin

Hamidah Binti Ab Rahim

Founder Starkids Generation Centre dan Starkids Home Tuition

Hak Cipta CMN Education Group ©