Pengalaman Ramadan di United Kingdom (UK) Yang Osem!

Memang Ramadan tahun ini memang berlainan dengan Ramadan yang pernah dilalui sebelum ini.

Mungkin juga kerana berjauhan dengan ahli keluarga dan sanak-saudara menjadikan kita lebih rapat dengan sahabat-sahabat yang berada di sini.

Ketika ditanya apakah pengalaman menarik Ramadan di UK?

1. Puasa melebihi 18 jam.

Waktu Maghrib lebih kurang pukul 9:35 pm, Subuh 3.00 am di UK.

Walaupun rasa panjang, tetapi apabila kita mengikut sunnah seperti bersahur, maka rasa panjang itu tidak terlampau dirasai.

Ada pelbagai pendapat contohnya mengikut tempoh berpuasa seperti di Mekah iaitu 13-14 jam. Namun, kebanyakan pendapat ijma’ ialah bermula terbit sehingga terbenam matahari.

2. Tadarus al-Quran di rumah komuniti Malaysian setiap weekdays.

Ini adalah pengalaman yang menarik kerana disebabkan masa yang agak panjang sebelum iftar, maka kami mengambil inisiatif untuk bertadarus di rumah-rumah komuniti Malaysia. Malaysian Community in Birmingham (MCiB) telah membahagikan keluarga-keluarga yang seramai lebih kurang 40-50 orang kepada 4 Kawasan (Dun) iaitu Selly Park, Selly Oak, Harbone & Aston. Di samping bertadarus, dapat meningkatkan mutu pembacaan al-Quran dengan mempelajari ilmu tajwid serta mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah sesama Muslim di sini.

tadarus alquran malaysian communtiy in birmingham mcib

3. Tiada Bazar Ramadan

Alhamdulillah, tahun ini hanya sekali dua sahaja yang membeli makanan diluar. Biasanya akan masak sendiri walaupun simple dan jemputan iftar dari komuniti, NGO dan sahabat-sahabat.

Walaupun ada kebaikan Bazar Ramadan, namun bila ia tiada, ia mengajar kita untuk iftar dengan cara bersederhana. Kami sekeluarga juga lebih rajin memasak sendiri walaupun ringkas 😉

Komuniti MCiB juga saling berkongsi makanan sesama kami terutamanya masakan yang berasal dari Malaysia. Sedikit sebanyak ia mengubat kerinduan terhadap suasana di Malaysia 🙂

bbq

4. Ihya Ramadan

Alhamdulillah, kebanyakan masjid-masjid di UK ini kian bertambah jemaahnya menjelang penghujung Ramadan termasuk iktikaf.

Benarlah lebih kurang kata-kata Sheikh Muhammad Abduh, “Aku melihat Islam di negara bukan Islam…”

masjid jalalabad

.

masjid green lane qiam iktikaf

Di sini tiada lagu raya, iklan-iklan raya yang bertebaran di media, apatah lagi Bazar Ramadan dan uptown.

Apa yang ada hanyalah program-program pengisian Ihya Ramadan seperti tadarus, pengisian, iftar dan terawih bersama.

 tazkirah

terawih

iftar

5. Homeless Outreach Project

Alhamdulillah, saya bersama sahabat-sahabat juga berpeluang ikut serta untuk mengedarkan makanan terutamanya kepada gelandangan (homeless). Majoriti mereka adalah non-Muslim. Melihat orang lain (non-Muslim) dapat makan pun sudah cukup menggembirakan hati.

homelessWalaupun berpuasa, tetapi puas hati apabila melihat mereka dapat makan dengan gembira.

Projek ini dijalankan setiap hari dalam Ramadan dengan lebih kurang 150 pek makanan disediakan. Pek makanan termasuk nasi beryani, keropok, cup cake, air sejuk dan panas.

Ia juga dijalankan setiap minggu di luar Ramadan di bawah As-Suffa Institute.

Volunteer pun bukan calang-calang termasuk juga profesional, mahasiswa universiti dan ahli IKRAM West Midlands. Volunteer juga termasuk yang berasal dari pelbagai negara dan tinggal atau belajar di UK.

homeless2

Benarlah erti hidup dengan memberi.

Erti bahagia adalah dengan membahagiakan orang lain.

Apabila rasa susah, maka lihatlah orang yang di bawah. Maka tiada alasan untuk kita kurang bersyukur atas nikmat Allah.

Ramadan bukanlah matlamat, tetapi proses.

Jadilah kita Sebagai hamba Rabbani bukan hamba Ramadani.

‪#‎RaceForRayyan‬

Total
0
Shares
Related Posts