Jalalabad Mosque di Brimingham, UK menerima tetamu dari church berdekatan termasuk paderi dan rombongannya.
Dialog dimulakan dengan wakil Muslim berkongsi tentang al-Quran, kandungannya termasuk bukti saintifik yang di dalam Quran sehingga tidak mungkin seorang manusia yang tidak tahu membaca seperti Rasulullah s.a.w dapat menciptanya.
Kemudian, paderi berkongsi tentang Bible..termasuk ada lebih 60 jenis Bible. Beliau juga berkongsi tentang kisah-kisah para Nabi termasuk Rasul dalam Islam. Saya juga pernah mendengar tentang Bible ketika belajar Perbandingan Agama daripada Bro Shah Kirit & Bro Lim Jui Soon semasa di Malaysia dahulu. Cuma tak hafal je 😉
Kemudian, sesi soal jawab dan hadirin bertanya tentang persoalan ketuhanan, cara solat dan sebagainya.
Kebanyakan Islam dan Kristian berkongsi asas yang sama kecuali melibatkan ketuhanan. Apa pun sesi dialog dan perbincangan berlangsung dalam keadaan yang baik dan hormat antara satu sama lain walaupun ada perbezaan pendapat.
Selepas habis program, masing-masing masih meneruskan perbualan dalam keadaan yang mesra 🙂 Apabila saya berbual dengan paderi tersebut, namanya Moras, beliau bertanyakan nama saya. Ketika saya menjawab nama saya ‘Mohd Noor’, beliau cakap ‘Nur is light’. Rupa-rupanya beliau pernah tinggal di Mesir selama setahun dan tahu sedikit sebanyak Bahasa Arab.
Saya dan rakan-rakan mengambil peluang untuk berbual dengan Christopher, seorang Kristian dan berminat dengan perbandingan agama. Apa yang kami dapat simpulkan semasa perbincangan adalah kita perlu sentiasa berdoa pada Allah supaya sentiasa menunjukkan kita ke jalan yang lurus seperti yang terdapat dalam al-Fatihah.
Semoga Allah memberikan kita semua hidayah untuk kembali kepadaNya.
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik serta berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl:125)
#MencariCintaTuhanDiEropah