Berpeluang bersama Founder Pusat Tuisyen Tatapan Minda, Puan Nor Ardiaty Azleen dan suami beliau Tuan Kamaruzzaman yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang tuisyen.
Pernah mencuba bisnes lain, namun kembali ke bidang pendidikan kerana sedar passion nya dalam bidang ini.
Guru beliau ada yang sudah 12 tahun mengajar di Pusat Tuisyen beliau. Apa yang menarik beliau pernah mencapai sehingga lebih 400 orang pelajar!
InsyaAllah Pusat Tuisyen Tatapan Minda bercadang untuk mengembangkan lagi Pusat Tuisyen mereka dengan Modul ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ STM.
Apa respon beliau?
Kemudian berkesempatan belajar dari PLF Norhayati Daud dan suami beliau, Tuan Abdul Halim yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun menjalankan Pusat Tuisyen Sinaran Ilmu.
Beliau hanya fokus kepada subjek Bahasa Melayu sahaja dan mempunyai lebih 300 orang pelajar dan majoritinya adalah pelajar Cina.
Puan Norhayati juga fasih berbahasa Mandarin dan modul pembelajaran menarik yang menjadi antara rahsia kejayaan beliau memikat pelajar 😊
Selain itu Sinaran Ilmu Learning Centre juga aktif menjalankan bengkel dan program-program. InsyaAllah kami bakal bekerjasama untuk memberi manfaat melalui bidang pendidikan melalui Bengkel STEM.
Yakin Sebelum Berjaya 😊