Ada kalanya Allah menguji hambaNya pada titik kelemahan mereka.
Sekiranya kita sedar titik kelemahan kita, perlu berusaha & berjuang untuk memperbaikinya atau kita akan sentiasa berada pada titik tersebut.
Ketika kita menganggap ujian dan cabaran yang mendatang ibarat ‘gula’ sebagai pemanis kehidupan, kita akan mencapai suatu tahap mengeluarkan ‘Super Hero’ dari dalam diri kita dengan petunjuk dari Allah.
Semua manusia pernah menghadapi saat-saat ‘down’ termasuk baginda Rasulullah s.a.w sendiri.
Contohnya ketika Tahun Kesedihan di mana orang yang rapat dengan Baginda telah tiada lagi serta dakwah Baginda tidak diterima. Kemudian tugasan tetap disempurnakan dan berjalan seperti biasa.
Jadi nak cerita kat sini, semua orang penah merasai ‘down’, cuma perbezaan setiap manusia adalah berapa cepat mereka bangkit setelah down.
“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (24:11)
Itu yang menentukan pencapaian dan kejayaan seterusnya 🙂
Yakin Sebelum Berjaya.