Kita selalu mendengar orang mengatakan bahawa wang tidak boleh membeli kebahagiaan.
Betul??
Ramai menyangkakan jika pendapatan mereka bertambah sekali ganda, kebahagiaan juga akan bertambah sekali ganda.
Menurut Tony Robbins, sebuah kajian menunjukkan, realitinya orang yang bertambah gaji daripda $25k setahun kepada $55k setahun menujukkan pertambahan 9% sahaja dalam kebahagiaan.
Selain itu, kajian tersebut juga menunjukkan apabila seseorang itu berjaya mendapatkan gaji ‘middle-class’ iaitu lebih kurang $75k setahun di Amerika, apa sahaja pertambahan gaji selepas itu tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan pada tahap kebahagiaan seseorang itu.
So apa yang ingin dikongsi disini mengenai kekayaan & kebahagiaan?
Sebenarnya, kajian terbaru menunjukkan wang dapat membuatkan kita bahagia. Para pengkaji telah membuktikan dengan membelanjakan walaupun sekecil $5 sehari dapat mengubah tahap kebahagiaan kita.
Bagaimana caranya?
Ia bukanlah berkaitan dengan jumlah yang dibelanjakan itu tetapi ia terletak pada bagaimana cara kita membelanjakan wang tersebut ternyata lebih penting.
Walaupun dengan mempunyai wang yang banyak dapat membuatkan kita mendapatkan segala-galanya termasuk makanan yang lazat sehingga kejiranan yang selamat, kuasa kebahagiaan daripada wang itu bukan terletak pada jumlahnya tetapi pada cara kita menggunakannya.
Mereka telah membuktikannnya secara saintifik bahawa terdapat pelbagai cara yang dapat digunakan untuk membelanjakan wang tersebut serta dapat meningkatkan tahap kebahagiaan secara signifikan. 3 daripadanya ialah:
1. Melaburkan wang untuk mendapatkan pengalaman baru yang menarik.
Iaitu dengan cara melakukan perkara yang diminati seperti berjalan, melancong, mengembara, mempelajari kemahiran atau ilmu baru, mengambil kursus, menghadiri seminar berbanding menambahkan bilangan harta yang sedia ada.
2. Membeli masa untuk diri sendiri.
Dengan lebih banyak tugasan-tugasan di ‘outsource’ kepada orang lain, wang dapat ditukar kepada masa dan membolehkan kita meneruskan passion serta minat kita dalam sesuatu bidang. Melakukan sesuatu yang kita suka dapat membuatkan kita gembira dan bahagia.
3. Melaburkannya pada orang lain.
Iaitu dengan memberi sesuatu, bersedekah atau menginfakkan harta sebenarnya dapat membuatkan kita lebih gembira dan bahagia!
Kajian juga menunujukkan dengan lebih banyak memberi, lebih bahagia dan gembira seseorang itu. Oleh itu, lebih banyak kita mempunyai harta, lebih banyak sepatutnya kita memberi.
Manusia juga akan mendapat kepuasan apabila mereka membelanjakan wang mereka untuk orang lain berbanding untuk diri sendiri..
Seorang ‘Behavioral Economics Expert’, Dan Ariely memberitahu, “Jika kita tanya pada seseorang, yang manakah akan membuatkan kita gembira, sama ada membelanjakan sesuatu untuk diri sendiri atau orang lain?”
Kebanyakan orang akan menjawab, untuk diri sendiri.
Tetapi kajian menunjukkan apabila seseorang membelikan sesuatu untuk dirinya, mereka akan berasa gembira hanya untuk beberapa minit, jam atau hari. Tetapi jika membelikan walaupun hadiah yang kecil untuk seseorang, kegembiraan mereka boleh bertahan seharian, atau beberapa hari atau sehingga beberapa minggu.
Jadi, bagaimankah kita ingin menggunakan wang untuk lebih bahagia? 🙂
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
[Al-Baqarah:262]
“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala terbaik, maka kelak kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.”
[Al-Lail: 5-10]
“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai).”
[Al-Baqarah:265]
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
[Ali ‘Imran:92]
‘We make a living by what we get. We make a life by what we give.’ ~Winston Churchill
Anda dijemput untuk menyertai Projek Kebajikan Pendidikan bersama kami di CMN Care bagi memberi sinar pada anak-anak yang kurang berkemampuan.
Info lanjut DI SINI