Tutor Zero To Hero

Seorang Tutor sememangnya perlu mempunyai value yang tinggi. Bukan mudah untuk menjadi seorang tutor yang berjaya. Setiap kejayaan pasti akan merasai kesukaran dan cabaran pada titik permulaan.

Namun, sampai bila harus berada dalam situasi dan keadaan yang sama?

Dalam erti kata lainnya, tiada peningkatan dan kemajuan.

Dalam keadaan ekonomi kian merunsingkan, tutor perlu lebih ke hadapan dalam menyampaikan ilmu pendidikan.

Terdapat dua pandemik proof yang boleh di highlight. Pertama, Online Sales Process dan Online Delivery Mechanism (ODM).

Melalui dua pandemik proof ini, tentunya sesebuah pusat tuisyen atau tutoring itu boleh menjalankan perniagaan seperti biasa walaupun terlaksananya PKP.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Tutor Zero?

Tutor Zero adalah Tutor yang tiada pengalaman langsung dalam bidang Tutoring dari awal.

Kemudian, Tutor yang zero ini akan mengorak langkah demi langkah untuk meneruskan kejayaan dalam bidangnya.

Menerusi perkongsian live bersama tetamu undangan iaitu Cikgu Nurul Nabihah.

Cikgu Nurul ini berkongsi bahawa impian dan minat beliau mengajar adalah sedari kecil lagi.

Dari situlah bermulanya perjalanan langkah demi langkah sehingga kejayaan sekarang di capai.

Menurutnya, skill atau cara handle pelanggan perlu ada. Seperti yang diketahui, banyak orang maka banyaklah ragamnya.

Jadi, bukan senang untuk mengatasi perkara ini jika tidak ada skill.

Bercerita mengenai ragam, Tutor perlu handle ibu bapa di samping tackle anak didik untuk minat belajar.

Perkara ini bukanlah senang. Namun, jika ada usaha dan niat yang baik, In Shaa Allah pasti berjaya.

Cikgu Nurul juga ada menceritakan bahawa beliau pernah menerima teguran atau pandangan dari orang sekelilingnya seperti ‘eh, macam ni je kau ngajar’.

Haa.. Apa agaknya perasaan anda sebagai seorang Tutor jika ditempelak pada masa tu? Mestinya merasa tercabar kan? Rasa seperti tiada kemajuan diri. Terasa seperti hanya Tutor yang biasa-biasa sahaja.

Sedari dari pandangan itu, beliau ambil positif teguran tersebut dan cabar diri untuk buktikan kepada insan di sekelilingnya bahawa dirinya boleh pergi lebih jauh dalam bidang Tutoring.

Beliau juga pesan bahawa jangan sesekali sesali keputusan yang telah dipilih sebelum ini. Sekali dah terus, teruskan sehingga berjaya.

Pada permulaan melangkah, semestinya hanya Tutor biasa. Selepas cabaran di sahut, proses upgrade diri penting. Upgrade diri untuk jadi Tutor yang luar biasa.

Proses upgrade diri sememangnya memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Sertai program-program untuk upgrade diri kepada Tutor yang outstanding.

Sebuah kehidupan yang menuju kejayaan, pastinya memerlukan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru dan ambil peluang yang ada (peluang yang baru).

Pelajari teknik-teknik yang baik seperti teknik matching dengan pelajar, teknik tutoring dan juga cara memikat hati ibu bapa dan pelajar.

Proses untuk bina kepercayaan mungkin akan mengambil masa. Di sebabkan perkara itulah, teknik ini amat penting.

Dalam kita menimba ilmu, ringankan mulut untuk bertanya dan belajar. Pepatah ada mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Jadi, gunakan peluang, ruang dan masa yang ada sebaiknya.

Belajar untuk upgrade diri tidak rugi. Sebagai seorang Tutor, pendidikan juga banyak mengalami perubahan. Perubahan yang paling ketara adalah dimusim pandemik Covid 19 ini.

Pembelajaran secara online seperti cendawan tumbuh. Sebagai Tutor, cukupkah hanya dengan pembelajaran secara online?

Persaingan tentunya banyak. Di sini perlu tambahkan ilmu bagaimana
cara untuk mengajar secara online dengan gaya pro dan semestinya ada teknik yang menarik!

Ini menyebabkan pelajar suka untuk belajar secara online dan mereka tidak bosan untuk belajar malahan lebih bersemangat.


Bukan sahaja lebih bersemangat, tapi tidak sabar untuk masuk kelas secara online.

Namun, jika kita tiada ilmu dalam menajalankan pembelajaran secara online, mestinya kita akan jatuh tersungkur.

Dalam erti kata lain, bungkus. Banyak pusat tuisyen yang tidak dapat beroperasi dek kerana PKP dijalankan. Mereka tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.

Inilah yang saya kongsikan dalam live bersama Cikgu Nurul ‘Pandemic Proof.

Jadi, adakah anda Tutor yang hero? Atau masih Zero? belum terlambat untuk upgrade diri supaya berjaya.

Jom saksikan live penuh perkongsian saya bersama Cikgu Nurul. Jangan terlepas point penting ya. Jangan lupa like dan share juga šŸ˜€

Klik pada gambar šŸ˜€

From Tutor Zero To Tutor Hero

Berminat menjadi sebahagian dari Tutor yang Outstanding dan mempunyai Modul tersendiri?

Info lanjut di: Bengkel Bina Modul Lain dari Lain


#legendbooster #OutstandingTutor

Total
0
Shares
Related Posts