Tony Fernandes & AirAsia: Kuasa Matlamat

Adakah anda mengenali Tony Fernandes?

Pastinya anda akan terbayang tentang tagline ‘Now Everyone can fly’. Beliau mencetus revolusi dalam dunia penerbangan apabila menawarkan tiket murah dan tidak ‘masuk akal’ untuk orang awam bagi penerbangan AirAsia. Beliau telah membantu ramai orang yang tidak pernah menaiki kapal terbang dengan menawarkan tiket yang mampu milik.

Tetapi, tahukah anda bahawa kelayakan akademik serta latar belakang kerjayanya adalah bidang perakaunan. Beliau juga berpengalaman sebagai Vice-President Warner Music Group bagi South East Asia.

Namun, disebabkan minat dalam bidang perniagaan dan penerbangan menyebabkan beliau sanggup meletakkan jawatan. Selepas itu, beliau meneruskan MATLAMATnya untuk terlibat dalam bidang penerbangan. Pada awalnya, permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan telah ditolak. Tanpa berputus asa, beliau menerima nasihat Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu untuk membeli dan mengambilalih AirAsia yang ketika itu dibawah DRB-Hicom yang ketika itu mempunyai hutang sebanyak 40 juta!

Tony Fernandes mengambil keputusan untuk memajak rumahnya serta menggunakan duitnya sendiri untuk mengambilalih AirAsia di mana ramai yang menyangkakan beliau telah membuat suatu tindakan yang ‘gila’.

Namun, selepas setahun sahaja pengambilalihan tersebut, AirAsia telah berjaya melangsaikan hutangnya dan menjadi peneraju industri penerbangan murah di Asia serta mempunyai pelbagai jenis perniagaan menerusi Tune Group of Companies.

Jadi, apa pula kaitannya dengan kita terutamanya untuk tahun ini?

Cuba kita tanyakan soalan ini pada diri kita.

 

  • Apakah IMPIAN/MATLAMAT kita pada sebelum ini telah tercapai?
  • Apakah kehidupan kita lebih baik berbanding tahun lepas?
  • Apakah kita telah memberi lebih sumbangan kepada agama, bangsa dan negara?
  • Apakah kita telah memberi banyak manfaat kepada orang lain selain daripada keluarga, saudara-mara dan rakan sekerja kita?
  • Apakah kebaikan dan dakwah yang kita telah sampaikan pada orang lain?
  • Apakah kejayaan-kejayaan yang kita perolehi dalam kehidupan dan kerjaya lebih baik berbanding sebelumnya?

Soalan-soalan ini amat penting untuk ditanya kepada diri kita sendiri jika kita ingin berjaya pada tahun ini dan akan datang. Paling penting yang membezakan di antara IMPIAN & MATLAMAT kita adalah impian kekal di fikiran, manakala MATLAMAT itu  ditulis.

menulis matlamat, goal setting, visi misi, vision

Walaupun nampak menulis suatu perkara yang remeh, tetapi kajian menunjukkan orang yang menulis atau mencatat MATLAMAT mereka akan lebih mudah mencapainya.

Ini adalah kerana:

  • Kita akan sentiasa mengingatkan diri kita sendiri akan MATLAMAT kita
  • Jika dilihat selalu, MATLAMAT itu akan memasuki minda separa sedar kita dan secara automatiknya ia akan merangsang fisiologi tubuh kita untuk bertindak mencapainya.
  • Ia adalah DOA kita yang selalu dingati, diucapkan, dan digambarkan dalam hati dan fikiran.
  • Jika dalam bentuk visual atau gambar ia lebih baik kerana gambar merupakan ‘bahasa’ otak kita.

Usah bertangguh lagi, mula mencatat MATLAMAT anda samada di kertas, vision board, laptop, handphone, smartphone, tablet, ipad. Apa yang penting ia mudah dilihat setiap masa.

Dalam Law of Universal Attraction (LUA) yang diasakan oleh Tuan Zuhairi Nopiah, kita akan menarik apa yang kita FOKUSkan dan mediumnya adalah doa. Berbanding Law of Attraction (LOA) dari Barat, mereka meminta dari alam atau ‘nature’. Di bawah ini contoh ‘vision board’ yang dibuat oleh beliau di mana hampir kesemuanya sudah diperolehi.

Vision Board, spiritual, LOA, LUA, Law of Attraction, Law of Universal Attraction, Zuhairi Nopiah
Vision Board Tuan Zuhairi Nopiah

 

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Rad:11)

Berapa banyak kita mendengar ayat ini tidak sepenting berapa banyak mana yang kita sudah amalkan 🙂

 

‘Inspirasi Kejayaan Dari Hati’

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Kerjaya Tutor Tuisyen Yang Best!

Kerjaya sebagai tutor sepenuh masa atau separuh masa adalah suatu bidang yang sedang meningkat naik ...