Hari ini dapat kawan baru seorang Irish masa sedang naik flight. Nama beliau ialah Jamie O’ Shea.
Beliau merupakan seorang Konsultan & Civil Engineer. Sedang membuat projek di University of Oxford. Beliau menegur saya yang sedang membaca buku tentang keusahawanan semasa dalam flight dari Ireland ke UK.
Beliau memberikan beberapa nasihat, tip bisnes kepada saya.
Salah satunya adalah bagaimana Costa (famous cafe in UK) meniru business model Starbucks..namun dengan gaya dan keunikan yang tersendiri.
So, nak berjaya follow mereka yang sudah berjaya serta innovate dengan USOP (Unique Selling Outstanding Proposition) yang tersendiri. Lebih menyerlah dan berhemah ๐
Yakin Sebelum Berjaya
Semasa di Ireland, turut berkesempatan ziarah sahabat Dr Ikhwan, anak Muslim Malaysia yang sekarang menjadi Dr Pakar di St James Hospital, Dublin, Ireland. Sudah 11 tahun beliau di Ireland, menabur bakti di sana.
Dulu nak jadi Dr tak kesampaian..passion lebih ke arah bidang pendidikan & keusahawanan….Tapi tak mengapa, dapat ambil gambar dengan Dr pun jadilah ๐
Tumpang bangga dengan kejayaan beliau, alhamdulillah ๐
Semoga terus memberi manfaat kepada ummah & masyarakat.
Dapatlah merasa join Medical Conference di Trinity College Dublin bersama para doktor dan pelajar Medic sekejap ๐