Thank You For Bring Him To England!

Semalam ada perjumpaan 1-1 dengan Teacher sekolah Faris.

Cara cikgu tu cakap macam seolah-olah Faris dapat 12A1 SPM πŸ˜‰Β 

Padahal baru tahap ‘Reception’, di Malaysia macam Tadika.

Cikgu dia cakap…

He’ s brilliant!

Everyone needs Faris in their lives.

Thank you for bring him to England..

Lepas tu beliau bagitahu apa yang Faris bagus contohnya cara interaksi dengan orang lain dan subjek Matematik dan lepas dah puji baru beliau masuk area yang perlu diperbaiki seperti cara menulis dan mengurus diri dalam berpakaian. Tiada langsung cerita yang tak baik walaupun kita tahu anak kita bukanlah perfect.

Masa dia cakap tu mula-mula terasa ‘kembang’ gak sebagai parent. Lepas tu baru sedar yang ini sebenarnya Teknik Pujian yang selalu saya kongsikan dengan Tutor. baru ‘down to earth’ balik πŸ˜‰

Cikgu-cikgu akan cari sekecil-kecil perkara untuk mereka bantu dan motivate pelajar-pelajar walaupun tidak berkaitan dengan akademik.

Patutlah budak-budak suka je pergi sekolah. Hebat gaya cikgunya menguruskan pelajar.

Hari ini mereka akan pakai costume ‘Super Hero’ dan ‘What they want to be’ (cita-cita) ke sekolah. Tengoklah apa jadi nanti bila hero-hero bertebaran kat sekolah πŸ™‚

incredible farisBaju ini sahaja yang dijumpai dan murah.

Incredible Faris πŸ˜‰

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

‘Learning Curve of Tutor’ Bersama Pakar NLP Excel Study

Anda merupakan Pendidik, Tutor Pusat Tuisyen mahupun Home Tutor? Pernah dengar tentang Neuro-Lingusitic Programming (NLP)? Suatu ilmu Sains…