Testimoni Program AMP & IMKK Anjuran Dr. Azizan Osman (DAO)

Alhamdulillah, dapat berkongsi pengalaman dengan Alumni dan Bakal Alumni Dr Azizan Osman mengenai Program Advanced Marketing Power (AMP) dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Selama ini saya banyak mendengar komen positif dan tidak kurang juga komen negatif dari orang lain mengenai Dr Azizan Osman. Jadi untuk mengetahui sendiri, saya pergi ke seminar PERCUMA yang dianjurkan oleh Richworks.  Ini adalah kerana Allah telah mengingatkan kita dalam Al-Quran.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

(QS. al-Hujurat: 6)

Samada kita tidak setuju atau bersetuju dengan pandangan seseorang, ia bukanlah lesen untuk kita berkata sesuatu yang kurang tepat mengenainya. Jika ingin kepastian, lebih baik kita mendengar sendiri. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua.

Seperti yang tersiar dalam fanpage facebook Alumni atau Bakal Alumni Program Dr. Azizan Osman…..

Jangan komen jika tidak pernah hadir pun program kami atau jika hadir pun mungkin tidak ada tindakan luar biasa! Setiap hari saya menerima emel testimonial kejayaan seperti dibawah ini dan saya tidak ubah satu ayat atau satu perkataan pun kisah mereka kerana haram merubah testimonial untuk meyakinkan orang dan tidak memberi testimonial tidak benar. Haram juga sebarkan fitnah kerana anda pasti perlu menjawabnya diakhirat kelak. Setiap hari ada sahaja mereka yang berkongsi bagaimana hidup mereka berubah lebih baik lagi dengan izin Allah swt menggunakan ilmu yang mereka pelajari. Bukankah dikatakan bahawa siapa mahukan dunia mesti ada ilmu, mahu akhirat mesti ada ilmu dan mahu dunia akhirat mesti ada ilmu?

Jika berani, baca testimonial bawah ini dan jangan percaya tapi telefon atau jumpa ustaz bawah ini, jika lagi berani, jumpa saya di Klinik Usahawan saya di mana-mana lokasi yang ada, ianya percuma dan daftar di BeraniBerniaga.com:-  Dr Azizan Osman (DAO)

Assalamualaikum w.b.t.

Saya lahir dalam keluarga sederhana. Ayah saya pernah bekerja dengan kerajaan dan kemudian terlibat dengan bisnes. Ayah saya pernah ditipu dan jatuh seketika dalam perniagaan.

Selepas saya menghabiskan Degree, saya ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di luar negara. Namun, saya terpaksa menolaknya kerana jauh di lubuk hati saya meminati bidang bisnes. Saya pernah bekerja sebagai pensyarah IPT dan menceburkan diri dalam bisnes tanpa ada ilmu, mentor & sistem. Akibatnya, saya terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Namun, saya tidak berputus asa dan terus melibatkan diri dalam bidang bisnes.

Sebelum ini saya sering mendengar pelbagai cakap-cakap orang tentang Dr Azizan Osman (DAO). Untuk mengetahuinya sendiri saya dan kawan saya telah hadir ke Seminar Marketing Power. 

Kesannya, kami dengan BERANInya telah menguatkan keyakinan untuk mendaftar AMP. Pada awalnya kedengaran seperti mahal, tapi setelah berada dalam program, terasa sangat berbaloi-baloi dengan pelaburan tersebut.

Dalam AMP, kami ditekankan tentang kepentingan dari segi niat untuk membantu menambah nilai dalam kehidupan orang lain yang banyak mengubah persepsi saya selama ini. Selain itu kepentingan menetapkan matlamat, strategi pemasaran saya makin kukuh dan lurus. Lebih daripada 400 strategi yang dipelajari. Tetapi, cukup-cukup sudah..Cukup ambil tindakan terhadap beberapa strategi, hasilnya amat ketara. Di tambah pula berjumpa dengan anak-anak murid Dr Azizan Osman (DAO) yang telah berjaya meningkatkan motivasi dan keyakinan saya untuk berjaya.

Selepas AMP, akibatnya, bisnes menjadi ‘huru-hara’ sehingga berkali ganda. Famili dalam syarikat kami bertambah dan kini saya kini tidak lagi berasa ragu-ragu atau kurang yakin apabila ingin membuat keputusan yang positif dalam hidup. Ditambah pula dengan IMKK baru-baru ini dapat membantu saya membersihkan sisa-sisa ‘kolam’ dalam diri. Kaya bukan sekadar harta tetapi kaya Emotional & Spiritual. Perhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan makin rapat. Paling best, saya amat BERSYUKUR apabila dapat membantu ramai klien-klien saya menikmati pembelajaran tuisyen dan mengaji dirumah dengan LEBIH FOKUS, MUDAH, SELESA, FLEKSIBEL & EFEKTIF melalui perkhidmatan Home Tuition & Quranic Home Based.

Selain itu, melalui program-program kami , juga kami bersyukur dapat membantu menambah nilai dalam kehidupan diri sendiri dan orang lain dan itulah perjuangan kami warga INFITAH TRAINING & CONSULTANCY .

Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Terima kasih dan tahniah pada Sifu Dr Azizan Osman (DAO) yang mencurahkan ELMU dan pengalaman serta warga Richworks yang bertungkus-lumus membantu orang lain. Teruskan perjuangan ini lillhi ta’ala. Saya amat menyokongnya.

Pada sahabat-sahabat usahawan, marketing adalah nadi bisnes, usah risau melaburkan sedikit wang untuk ilmu berbanding dengan rugi berkali-kali. Jadi carilah MENTOR yang sudah berjaya dalam perniagaan.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk menawarkan Bengkel ‘Oh Mudahnya Tajwid’ secara PERCUMA kepada Alumni Dr Azizan Osman (DAO). Bengkel ini juga telah membantu orang ramai mengetahui bahwa ilmu tajwid itu mudah untuk dipelajari dan diamalkan. Ia juga telah mendapat respon yang baik dari para peserta yang pernah mengikutinya. 

Antara testimoninya boleh dilihat di sini.http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151221705863874.478345.286358838873&type=1

Kenangan dalam AMP & IMKK pasti tidak akan luput dalam ingatan saya. Terima kasih Dr Azizan Osman (DAO) dan Richworks kerana telah memberi peluang untuk saya berkongsi. You’re the best!

Info lanjut mengenai IMKK boleh klik DI SINI.

berani berniaga dr azizan osman richworks

Salam ikhlas,
Mohd Noor Mohd Tahir

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

tuition centre

Bagaimana Membina SOP Yang Berkesan Untuk Bisnes Pendidikan?

Apa itu Standard Operating Procedure (SOP) Dalam Bisnes? SOP merupakan perjalanan aktiviti rutin harian bagi ...