Teknik Skrip Power Selling

Dalam banyak keadaan, klien akan bertanya soalan pada kita, dan kita hanya menjawab..Di sini pelanggan menguasai ‘gelanggang’.

Kemudian bila kita dah jawab semua soalan, pelanggan akan krikk..krik..atau bagitahu nanti saya fikir dulu…hehe..selamat jalan lah jawabnya 😉

 

Kita perlu kawal perbualan dengan klien dengan berbual dan bertanya soalan.

– Boleh kami tanya soalan untuk tahu perkhidmatan ni sesuai dengan tuan/puan?

– Cuba korek apa isu/masalah klien yang menyebabkan mereka contact kita

– Kaitkan masalah mereka dengan perkhidmatan atau produk

– Kena akur dan faham dengan masalah mereka

– Bagitahu klien kami sebelum ni pun ada masalah sama

– Bagi bukti sokongan seperti testimoni

– Jawab persoalan/bantahan dari klien

– Tanya ada lagi soalan yang saya belum jawab

– Perlu beritahu Nilai produk

– Tanya klien nak cuba 1 atau 2 untuk produk. Tanya nak bermula bila untuk perkhidmatan?

– Tuan buat bayaran hari ini, yang lain kami uruskan.

– Kalau klien masih belum buat bayaran, mungkin mereka terlupa. Perlu follow-up

 

Jenis-Jenis bantahan:

– Tiada masa

Kalau klien tiada masa, tanya klien bila dia available. Minta cadangan tarikh & masa yang spesifik atau kita yang cadangkan. Selepas itu sahkan semula dengan klien.

Kalau bakal agen tiada masa, kita boleh bantu uruskan masa, faham. Gunakan kaedah soalan-soalan tentang kehidupan seharian contoh; Puan ada masa extra untuk gunakan perkhidmatan/produk.

 

– Tiada duit

Kalau hampir semua prospek yang cakap tiada duit, mungkin target market salah.

Tanya prospek agak-agak bila dia ada duit? Selepas itu tanya boleh kami follow up semula pada masa tersebut.

 

– Tangguh pembelian. Nak fikir dulu.

1. Nak tanya pasangan dulu

Ok..bagus nak tanya suami/isteri. Apa kata cuba dulu, saya akan bagi jaminan, jika tak sesuai boleh pulangkan semula.

Teknik suprise. tidak ke kita boleh bagi suprise pada pasangan

2. Nak fikir dulu

Ok. Boleh tahu apa yang tuan/puan perlu fikirkan tu? Kemudian bagi dia fikir.

Tanya FAQ. Tujuan supaya kita boleh handle & counter semula.

 

– Produk/Perkhidmatan

Kebiasaannya prospek jarang nak bagitahu kalau isu tentang produk/perkhidmatan kita. Kita perlu korek sendiri dengan bertanya lagi.

 

Cara Jawab Orang Minta Diskaun

Saya tidak dapat bagi diskaun, tapi saya bagi Bonus…….

Saya tidak dapat bagi diskaun, special untuk tuan/puan iaitu Kupon Diskaun

 

Cara Menjual Dengan Harga Tinggi

Bila prospek rasa berat dengan harga kita, boleh gunakan ayat, “Kalau bukan kerana……….”  bagitahu kenapa produk/perkhidmatan itu sangat bernilai contoh Kalau bukan kerana kami ingin menyediakan tutor berpengalaman dan berkualiti untuk kecemerlangan anak tuan/puan, mungkin yuran lebih murah… Tapi kami buat………..untuk memberikan yang terbaik untuk tuan/puan dan anak tuan/puan”

 

Harga Itu Bukan Persoalan Sebenar

Klien akan rasa mahal jika tidak nampak Nilai sesuatu produk/perkhidmatan itu, jika kita tawarkan Nilai yang jauh lebih tinggi dari Harga sebenar, pasti klien akan rasa berbaloi.

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

tuition centre

Bagaimana Membina SOP Yang Berkesan Untuk Bisnes Pendidikan?

Apa itu Standard Operating Procedure (SOP) Dalam Bisnes? SOP merupakan perjalanan aktiviti rutin harian bagi ...