Alhamdulillah, selesai sudah Program ‘Summer Weekend Islamic Course (SWIC) yang padat dan sarat dengan antara disiplin ilmu Islam yang penting iaitu Ulum Al-Quran, Ulum Hadith, Ilmu Fiqh & Usul Fiqh.
Sememangnya peluang menuntut ilmu seperti ini membuka minda tentang kepentingan mempelajari ilmu-ilmu ini walaupun kita berada dalam apa jua bidang sekalipun bagi menyediakan diri untuk berhadapan dengan isu-isu semasa selain dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Terlebih-lebih lagi kita berada di zaman yang mencabar di mana maklumat berada di mana-mana tanpa kita ketahui kesasihan dalil & sumbernya.
Jazakumullah khairan kathira kepada speaker yang berpengalaman dan tidak jemu berkongsi ilmu iaitu Ustaz Affuan Che Mansor Ar-Rumy, Ustaz Husni dan Tuan Hj Tahir Ali serta peserta program dan penganjur iaitu IKRAM United Kingdom & Eire.
Semakin kita belajar, semakin kita sedar bahawa betapa kerdilnya kita dan semakin kita perlu menambahkan ilmu ini agar membawa manfaat kepada ummah & masyarakat.






