Summer Camp UK Yang Osem

Alhamdulillah, a great moment for Summer Camp IKRAM UK.

Walaupun penat dan sengal-sengal seluruh badan, tapi memang amat berpuas hati.

Ukhuwah antara peserta sangat mantap.

Perbelanjaan makanan £5 yang diperuntukkan untuk setiap orang dari Jumaat-Isnin alhamdulillah mencukupi sampai makanan terpaksa dibawa balik walaupun selepas diinfaqkan kepada kumpulan lain sebelum itu.

Teringat ibrah Perang Khandaq saat Jabir mengajak Rasululullah dan beberapa orang sahabat sahaja untuk makan dirumahnya selepas melihat Rasululullah saw mengikat perut dengan batu sewaktu menggali parit.

Kemudian Rasululullah saw memanggil semua orang sahabat yang ada pada ketika itu untuk makan bersama walaupun baginda mengetahui kuantiti makanan tersebut yang sedikit.

Selepas semua kaum muslimin makan, makanan tersebut masih tidak habis dan kuantitinya seperti asal. Itu dinamakan keberkatan.

Banyak lagi ibrah lain yang diperolehi sepanjang camp ini. Banyak juga perkara yang tak disangka-sangka berlaku. Hubungan dengan Allah adalah faktor kejayaan sebenar selain hubungan sesama manusia.

Tahniah kepada team penggerak STCUK dan semua ikhwah.

Really one of the great moment in my life.

The everlasting ukhuwah till jannah, insyaAllah.

stcuk4

 

stcuk3

 

stcuk2

 

sumer training camp1

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Mengapa Ibu Bapa Menghantar Anak Mengikuti Tuisyen?

Dalam satu survey yang dijalankan oleh pihak Astro Awani, kenapa ibu bapa menghantar anak mereka ...