[#STPM2015] Biodata Speaker: Puan Tengku Nurhusni

[BIODATA SPEAKER #STPM2015]

Puan Tengu Nurhusni Tengku Ab Razak

tengku nurhusni

Beliau dilahirkan di Temerloh Pahang dan bersekolah di SK Felda Jenderak Utara. Kemudian menyambung pendidikan di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan. Selepas itu beliau membuat Diploma Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja selama dua tahun sebelum memulakan hasrat untuk menjalankan bisnes sepenuh masa.

Pengalaman Bisnes pertama apabila beliau terlibat menganjurkan Program-program motivasi dan memberi ceramah kepada pelajar-pelajar, ibubapa dan guru. Kemudian beliau menceburi bidang latihan teknikal dengan mengendalikan Bengkel-bengkel Kemahiran kepada wanita dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Negara serta Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia.

Pada tahun 2008 beliau diberi kepercayaan untuk melatih 40 orang Penyelia dan menguruskan Pusat Komuniti Wanita Dun dibawah Kerajaan Negeri Selangor.

Pada tahun 2008 beliau memulakan bisnes catering dengan mengendalikan beberapa projek penyediaan makanan dari Polis Diraja Malaysia, Masjid Kota Damansara dan pihak swasta. Pada tahun yang sama beliau memulakan bisnes Kontraktor dengan mempunyai lesen sendiri iaitu lesen PKK kelas E dan CIDB. Beliau diberi kepercayaan untuk menguruskan beberapa projek dibawah MARA dan Majlis Pembandaran.

Pada tahun 2010 beliau telah membuka Pusat Pengajian Al Quran dan tahfiz menggunakan jenama Akademi Darul Huffaz. Dengan usaha dan semangat yang kuat, Pusat Pengajian Al Quran dan Tahfiz telah berusia tiga tahun dan berjaya melahirkan pelajar celik al quran.

Beliau juga telah membuka Kelas Tahfiz Sambilan di Masjid Kota Damansara bagi memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kelas tahfiz pada hujung minggu. Setelah 3 tahun beroperasi beliau telah melahirkan sekurang-kurangnya 1000 pelajar yang celik al quran.

Beliau juga terlibat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dimana beliau menyandang jawatan setiausaha Pertubuhan KD Islamic Centre, Presiden Pertubuhan WRC Malaysia (Women Research Centre) dan Presiden Pertubuhan Wanita Impian Negara ( WIN ).

Beliau juga terlibat dalam penubuhan KAFA percuma untuk Program Penduduk Rakyat termiskin di Kota Damansara untuk melihat kelangsungan program pendidikan kepada pelajar yang tercicir.’

akademi al-quran ABS

Kini beliau dilantik sebagai Ketua Pengurusan Operasi Rangkaian Akademi Al Quran ABS di bawah ABS Holding. Kini beliau mengendalikan 30 cawangan Akademi Al Quran ABS seluruh Negara. Beliau juga memberikan latihan dan bisnes konsultansi kepada usahawan yang berminat mahu menceburi bidang ini.

Di samping itu juga beliau telah menghasilkan beberapa modul pendidikan seperti Modul Khabar Gembira untuk pembelajaran akhlak pelajar, modul Playschool untuk kegunaan taska dan pusat jagaan harian dan Modul untuk pembelajaran tahfiz secara sistematik.

agar hati tidak mati

Beliau juga aktif menulis beberapa buah buku berkaitan Bisnes dan motivasi islami terbitan PTS Publishing House Sdn Bhd, Must Read Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

Berminat untuk menyertai#SimposiumTutorProfesionalMalaysia?

SMS/Whatsapp ‘#STPM2015_Nama_Emel‘ ke 011-32742922 segera untuk mendapatkan Yuran Istimewa 🙂

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

3 Perkara Elak Buat Semasa ‘Closing Sales’

3 Perkara ‘Ditegah’ Masa Buat Closing, no 3 paling ‘haru’ kalau buat. 1- Terus bagi ...