[#STPM 2015] Biodata Speaker: Tuan Osman Affan

Biodata salah seorang speaker dalam ‪#‎SimposiumTutorProfesionalMalaysia‬ iaitu Tuan Osman Affan.

 

osman affan

Berbekalkan ijazah perakaunan daripada University Of Plymouth, United Kingdom, memulakan kerjaya pertama dalam bidang pemasaran selama 8 bulan dan kemudian sebagai Audit Associate di sebuah syarikat perakaunan terbesar di dunia, PriceWaterHouseCoopers Chartered.

Selepas 3 tahun, berhenti kerja dan meneruskan kerjaya dalam bidang yang diminati iaitu bidang psikologi. Meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Gombak pada tahun 2004. Berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2006 dengan ijazah Master of Education, Counseling & Guidance.

Kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd dalam pengkhususan ‘Educational Psychology’ di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.

Mengasaskan SmartStudy pada tahun 2004 dan mula mengajarkan teknik belajar berkesan kepada pelajar di peringkat sekolah, kolej dan juga universiti. Telah menulis lebih 10 buku berkenaan Motivasi Belajar dan Teknik Belajar Berkesan SmartStudy. Buku-buku tersebut pula telah mencapai tahap jualan buku ‘Best Seller’.

osman affan buku

Pada November 2012, kisah beliau telah dipaparkan di dalam majalah ‘TOP 10 Of Malaysia’ di atas faktor keunikan, pengaruh serta keberkesanan program-program SmartStudy beliau.

Beliau pernah mempunyai pengalaman sebagai Tutor Tuisyen dan owner Pusat Tuisyen. InsyaAllah dalam ‪#‎STPM2015‬, beliau akan berkongsi tentang:

1. Prinsip mengajar tuisyen
2. Petua-petua semasa mengajar supaya mudah difahami oleh pelajar.
3. Etika mengajar tuisyen
4. Bagaimana menjadi Tutor yang pakar dalam subjek yang diajar

dan banyak lagi…

Berminat untuk menyertai#SimposiumTutorProfesionalMalaysia?

SMS/Whatsapp ‘#STPM2015_Nama_Emel‘ ke 011-32742922 segera untuk mendapatkan Yuran Istimewa 🙂

InsyaAllah jumpa di sana 🙂

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

Ingin Kenal Lebih Lanjut Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018?

Adakah anda seorang Tutor, Pendidik atau seorang Usahawan Pendidikan atau anda berminat menceburi bidang yang sedang ‘meletup’ di…