Sistem Pendidikan UK Vs Malaysia

Perkongsian oleh Tuan Anuar Majid tentang Sistem Persekolah di United Kingdom (UK).

============================

Beg Sekolah Darjah 5 UK :

Cuba Tuan-tuan tengok Beg Sekolah anak saya yang bernama Adam.

sistem pendidikan UK Malaysia

Dia Darjah 5 sekarang ini. Didalam Beg Sekolah dia ada 2 Buku sahaja.

Satu Buku cerita yang diberikan oleh Gurunya untuk seminggu sekali untuk di baca .

Dan satu lagi Buku catitan yang saya wajib “tandatangani” apabila dia sudah selesai membacanya.

Tiada satu pun pen ataupun pencil didalamnya.

Tiada pencil Color. Tiada pemadam dan juga tiada pembaris didalamnya juga.

Mudahkan !!! Tiap-tiap hari pergi ke Sekolah sebegini.

Di Sekolah pula, pihak Sekolah sudah menyediakan segala-galanya.

Murid-murid datang ke Sekolah cuma bawa badan sahaja.

Murid-murid pula pergi ke Sekolah selepas keluarnya Matahari betul-betul terpacak diatas kepala.

Pihak Sekolah pula menyediakan makanan “Percuma” untuk anak-anak saya.

Setiap tahun apabila Sekolah dibuka, saya dan isteri saya tidak pernah pening kepala.

Ini kerana kos untuk Pakaian Seragam Sekolah mereka amatlah murah belaka.

Ramai rakan-rakan saya yang belajar di Negara ini, apabila mereka pulang semula ke Malaysia ….anak-anak mereka mengeluh kerana terlalu banyaknya kerja rumah atau “homework” yang terpaksa mereka semua menghadapinya.

Dan seawal-awal pagi lagi, mereka sudah pun disuruh pergi ke Sekolah mereka.

Ibu bapa pula terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak dan besar untuk membeli Buku-buku, peralatan-peralatan Sekolah dan juga untuk “duit belanja atau duit poket” untuk makan-minum seharian mereka.

Sebenarnya banyak perbezaan di antara sistem Pendidikan dan juga sistem Persekolan di antara UK dan Malaysia.

Namun, sistem di UK lebih disukai dan digemari oleh masyarakat dunia.

Disinilah terletaknya Universiti terhebat dunia seperti Universiti Oxford dan Universiti Cambridge.

Dan disinilah juga ratusan ribuan pelajar-pelajar Malaysia yang datang ke sini dibawah tajaan JPA mahu pun tajaan MARA, untuk mengambil Degree, Master dan juga didalam Bidang PhD.

Apa yang saya dan rakan-rakan saya yang tinggal di UK ini nampak dengan nyata lagi jelas tentang sistem Persekolahan disini ialah, mereka lebih menitik beratkan “kesukaan” atau pun “kecintaan” murid-murid untuk pergi ke Sekolah.

Dan apabila perkara itu sudah ada didalam diri mereka, perkara pertama pula yang akan diajarkan kepada mereka ialah “Adab” atau “Manners”

Murid-murid Sekolah selalu diterapkan agar mengucapkan “Thank You”, “I’m Sorry”, “Excuse Me” dan berbagai-bagai lagi.

Maka oleh itu, apabila kita duduk dan tinggal di Negara ini, kita sendiri akan dapat melihat “Adab” percakapan mereka selalunya ke arah itu.

Bagi Masyarakat UK, perkara “Adab” amatlah penting dan ianya betul-betul diambil dan dipandang berat.

Selepas murid-murid Sekolah sudah “beradab”, maka barulah mereka mula diajarkan sistem 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Kredit: Tuan  Anuar Majid

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Mengapa Ibu Bapa Menghantar Anak Mengikuti Tuisyen Walaupun Semasa Pdpr?

Dalam satu survey yang dijalankan oleh pihak Astro Awani, kenapa ibu bapa menghantar anak mereka ...