Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018

Throwback #STPM2015

Selepas saya menghadiri National Tutoring Conference (NTC) Di London pada 2015, ketika itu saya belajar banyak perkara terutama dari sudut pengajaran serta pengurusan Tuisyen yang mana dihadiri lebih kurang 100 orang..kebanyakan memang Mat Salleh lah kan..nama pun London 😅..sempat juga bernetworking dengan mereka..jadi terbit kembali idea untuk menganjurkan program bermanfaat seperti NTC di Malaysia.

Kemudian saya roger kawan-kawan yang masing2 otai dalam dunia Tuisyen seperti Ustaz Arif Asa’ad, Master Yus, Tuan Osman Affan, Tuan Badrulhisyam, Tuan Rajaei, dan ramai lagi, saya check tiket dari UK ke Malaysia dan terus decide dgn team CMN untuk anjurkan STPM 2015 dalam masa lebih kurang 2 bulan sahaja..

Ketika itu dengan Team yg masih belum ramai, jadi banyak benda yang saya perlu buat sendiri dgn bantuan Team yg jarak jauh di Malaysia.

Walapun agak penat menganjurkan STPM saban tahun kerana persediaan perlu dilakukan selama berbulan-bulan demi untuk untuk memberikan Terbaik kepada para peserta, namun setiap kali selepas STPM, kepenatan tu bagaikan terus hilang kerana melihat kesungguhan peserta yang datang dari pelusuk Malaysia termasuk Sabah n Sarawak dan improvement yang mereka kecapi selepas STPM 😃

Selepas saya balik ke Malaysia pada tahun ini dan penstrukturan organisasi CMN, kali ini saya berbincang dengan serius bersama Team #CMNAllStars tentang pendapat mereka, adakah tahun ini kita bakal menganjurkan lagi STPM..kerana kali ini saya tak mahu aspirasi ini datang dari saya sahaja, tetapi perlu align dengan semua dalam Team..

 

Alhamdulillah selepas berdebat, berbincang Pro n cons akhirnya kami membuat keputusan untuk menjalankan STPM kerana manfatnya lebih besar walapun jika difikirkan dari sudut kos tenaga, masa, sales dan lain-lain, lebih berbaloi bagi kami untuk fokus pada tuisyen sahaja..namun ini adalah jihad kerana kami perlu kongsikan supaya lebih ramai dapat membina kerjaya dan mengembangkan bisnes pendidikan dalam Era Revolusi Industri 4.0 yang bakal melanda ini serta untuk kebaikan generasi anak-anak dan pelajar kita pada masa akan datang.

Kali ini halatuju kami lebih jelas apa yang ingin dicapai, sebab itu pemilihan tema dan Speaker sangat penting dan ia bukan sesuatu yang mudah kerana prinsip kami simple..

Pakar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing ini seperti Cikgu Aman, Sir Rajinder Singh, Cikgu Mis Fana, Cikgu Mohd Fadli Salleh, Puan Fauziah Sirat dan Tuan Haziq perlu dihimpunkan dalam suatu program untuk berkongsi ilmu dengan Moderator oleh Tuan Zaim Zin yang sentiasa menceriakan hadirin serta peserta yang hadir juga bukan calang-cadang, so networking juga sangat penting selain perkongsian ilmu untuk manfaat jangka masa panjang bagi semua yang terlibat dalam bidang tuisyen dan pendidikan.

Alhamdulillah kali ini jangkauan Sinergi dan ukhuwah ini sudah sampai kepada media seperti GPS Bestari dari Karangkraf, serta individu penting dari PPD (Puan Zarina Madzhar), IPG (Dr Faiz), National STEM Movement (Dato Prof Noraini Idris) serta guru-guru selain target utama iaitu di kalangan para Tutor dan Usahawan Pendidikan.

Terima kasih kepada Penaja STPM, Telaga Biru, Tuan Shaharizal Othman Othman (Software Tuisyen Pro) serta HT Amir (Akademi Tutor Terbaik Malaysia) atas kepercayaan dan sokongan kalian 😃

Tahniah juga Team Krew STPM2018 #CMNAllStars yang komited yang dipimpin oleh Cikgu Mohamad Isa Bin Idris dan Cik Zalikha Ruzanna dan yang awesome dengan tugasan masing-masing ..Good job 👍👍 Daripada 25 Krew, ada 2 sahaja krew yang kami import, tu pun pasangan Team CMN 😃

Semoga kerjasama dan ukhuwah ini tidak terhenti selepas habisnya #STPM2018, tetapi ia satu permulaan kepada lebih banyak kejayaan dalam bidang pendidikan dan Tuisyen di Malaysia 😃

Yakin Sebelum Berjaya 😃

p/s: Gambar dan Video yang lebih banyak dan smart di Page: Tutor Profesional Malaysia.

Jika ada perkongsian tentang #STPM, boleh share di ruang komen juga ye 😃

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Bagaimana Ingin Membuat Pendaftaran Pusat Tuisyen di Malaysia

Apakah perkara yang perlu diketahui untuk membuat pendaftaran Pusat Tuisyen? Pendaftaran perlu dilakukan melalui Pegawai ...