Alhamdulillah, Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2017 berlangsung dengan lancar dan baik.
Program yang mengumpulkan Tutor & Usahawan Pendidikan Malaysia ini merupakan program tahunan dan tahun yang ketiga dijalankan semenjak 2015.
Speaker-speaker jemputan juga berkongsi topik-topik yang hangat dalam dunia pendidikan seperti:
Coach Mohd Noor “Mengembangkan Bisnes Pendidikan Dengan Digital Learning”
Tuan Amin Idris “Magnet Pendidik Sukses.”
Puan Nurwahidah Gani dengan Topik “Menguruskan Bisnes Pendidikan Gaya Profesional.”
Cikgu Azman Mohd Noor “Cabaran Tutor Abad Ke-21 dan Solusi”
Cikgu Ajwad Ghali “Strategi Membuat Modul dan Bengkel Berkesan”
Tuan Affenddy Mohamad “KBAT Dalam Peperiksaan dan Mengajar Gaya HAVOC”
Puan Fatimah Haslina “Tools HOTS Dalam Pembelajaran Abad Ke-21.”
Kali ini juga istimewa kerana ada Live Online Conference bersama seorang Tutorpreneur dari Singapore yang berkongsi tentang “Potential of Tutoring Business.” sesuai dengan tema kali ini “The Rise of Millennium Tutors.”
Selain itu, ada Segmen Games Apps Kahoot juga untuk menguji para Peserta #STPM2017
Terima kasih kepada Team CMN, SS Event Management serta Tuan Zaim Zin, MC Program yang awesome!
Semoga #STPM2017 dapat memartabatkan profession Tutor & Usahawan Pendidikan di Malaysia dalam menyumbang kepada dunia pendidikan di Malaysia, pelajar serta ibu bapa.
InshaAllah jumpa di #STPM2018 🙂
Gambar-gambar boleh di akses di Tutor Professional Malaysia