Selamat Hari Lahir Muhammad Al-Fateh 2034

baby comel, baby cute

Alhamdulillah, pada 16 Januari 2013 jam 7.28am, anak saya yang kedua; Muhammad Al-Fateh Bin Mohd Noor telah lahir dan dipinjamkan kepada saya dan isteri, Nurul Iman.

baby comel, baby cute

Kenapa dinamakan Muhammad Al-Fateh?

Kita sudah sedia maklum bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh telah menakluki Kota Kostantinople (sekarang Istanbul) pada usia 21 tahun yang menjadi idaman semua pemimpin Islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w.

 

Pentingnya kuasa sebuah matlamat

Sebagaimana yang Rasulullah s.a.w bersabda:

“Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (HR Imam Ahmad) 

Usaha membebaskan Kota Kostantinopel adalah usaha berterusan dari zaman Rasulullah s.a.w. Namun, Allah telah memilih Sultan Muhammad kerana sifat beliau yang sangat wara’, tawaddu’ dan menguasai pelbagai ilmu dan bahasa selepas lebih kurang 800 tahun hadis tersebut diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada zaman kanak-kanak lagi Sultan Muhammad Al-Fateh telah dilatih dengan ilmu-ilmu agama dan juga ilmu kepemimpinan serta ketenteraan oleh beberapa ulama yang terkenal juga oleh bapanya sendiri, Sultan Murad. Bapanya sendiri merupakan gurunya dalam bidang kepimpinan dan ketenteraan dan guru utama dalam membentuk peribadi dan ruh yang mantap dalam diri baginda.

Semoga anak ini dan kita semua akan mengikut jejak langkah Muhammad Al-Fateh dari segi akhlak, peribadi, menyukai ilmu, mengamalkannya dan bermanfaat buat umat ini. Ameen 🙂

 

Sultan Muhammad Al-Fateh, SUltan Muhammad Al-Fatih

 

 

 

 

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

‘Learning Curve of Tutor’ Bersama Pakar NLP Excel Study

Anda merupakan Pendidik, Tutor Pusat Tuisyen mahupun Home Tutor? Pernah dengar tentang Neuro-Lingusitic Programming (NLP)? Suatu ilmu Sains…